Friday, December 30, 2011

TIMETABLE FINAL EXAM SEPT11-JAN12



alhamdulillah sedang2 je date exam nih.. doa-doakan saya ye!

Friday, December 23, 2011

SEMESTER YANG MEMENATKAN

ALHAMDULILLAH perkataan yang teramat sesuai untuk diucapkan ketika ini.

semester ni, teramat lah banyak project yang kena buat. Kalau sebelum ni, ambil 6 subjek hanya 1 saje project. TAPI kali ini aku ambil 6 subjek dan juga ada 5 project. semua kena submit pd minggu yang sama dan boleh dikatakan pd hari yang sama. huhu minggu ni juga adalah minggu yang teramat amat amat memenatkan.

kali ini juga aku telah menambahkan lagi sejarah dalam hidup dengan xtido semata-mata nak siapkan project tu.. almost 32 hours kot.. bila dah nama student,  mana la nak kisahkan sehari tu kena cukup tido utk sekian sekian kan.. alaa boleh dikatakan 90% student macam ni. am i right? hihi.. tp kalau parents tau mesti diorang pot pet kan..

itu ttg project, minggu ni jugak la teramat lah full dengan quiz + test. almost all subject la. so fhm2 lah mcm mana aku divide masa utk study n buat project ni. memang teramat stress kan tambah2 lak ada subjek yang mmg xfaham sepatah haram..kuikuikui... jawabnya aku jawab test aritu dengan merapu la..hihi..

ok! now, quiz + test + assignment + presentation + project in a week dah settle! perhhh biaq btoi just for a week? hahaha tipu la.. actually in 2 weeks to settle all of that.

arini nak balik umah! yeay!! aku ase bila masuk je dlm perut bas malam nanti confirm mata aku terus xleh bukak. arap2 la tak terlepas bila sampai kt area umah aku tu. weeee  xsabarnya nak ngadap bilik tiduq aku! anak kucing 3 ekor yg baru lahir! layan karenah si kembaq... n yg plg rindu sangat-sangat parents aku! nak balik mitak restu untuk jwb final exam nanti...yeah!

final exam?? ye tinggal 2 minggu je lg dr sekarang. tolak waktu main, makan, tido.. bberapa jam je kan..kuikuikui...

wish me luck ye! nk cuba letakkan diri ni as a dean's list. insyaAllah kan kalau aku terus berusaha..

n good luck to kpd korang yang nak final jugak.. ;>)

Tuesday, November 29, 2011

QUIZ? TEST? EXAM?

hahaha quiz=test=exam=??? 

memang agak terbaik la aku study kat uitm ni. tiap2 minggu akan ada quiz klau bukan quiz mesti ada test. 
pernah sekali kena pop test! ok lagi sekali POP TEST! bukan pop quiz ye..hakhak..

hurm esok menanti lagi 1 quiz dan lusa pun sedang menunggu jugak..haiyaa. 
tapi kan bagus jugak la ada quiz and test every week. yela at least aku buka buku and study.. kalau tak, memang  berhabuk la buku-buku aku tu sehingga la tibanya final exam.. ngee;>) betapa rajin aku kan?hahaha

ok dah tak mau mengomel lagi! time to sleep! 

Thursday, November 24, 2011

teramat rindu

saya rindu kawan-kawan saya. saya rindu nak lepak dengan mereka. saya rindu nak berjalan-jalan dengan mereka. saya rindu nak dengar gelak tawa mereka. saya rindu nak dengar celoteh mereka. saya rindu dengan gelagat mereka. saya rindu dengan wajah mereka. saya rindu dengan senyuman mereka. saya rindu nak dengar kata-kata semangat mereka. sungguh saya sangat sangat rindu mereka.

saya teramat rindukan mereka! kawan-kawan sekolah. pergi sekolah sama-sama. pergi prep sama-sama. pergi makan sama-sama. buat kerja gila sama-sama. kena denda sama-sama. mengata orang sama-sama..heheee. lari keluar dari asrama semata-mata nak pergi pasar malam. sembunyi dalam bilik or toilet sebab ponteng prep and riadah. lepak dekat katil ramai-ramai. berkelah dalam bilik prep. cari gaduh dengan orang..(sikit je) hehe.. cuci kolam ikan asrama sama-sama.  mandi kat kolah ramai-ramai. serius!! rindu sangat!

saya teramat rindukan mereka! kawan-kawan universiti. pergi kelas sama-sama. pergi kokurikulum sama-sama. pergi jalan-jalan. lepak-lepak tak kira dimana jua even kat tangga and longkang pun kami sapu sambil menikmati udara malam. oppss bukan udara dari longkang ye.. hehee.. berbasikal or berjalan keliling 1 U tiap-tiap petang. lepas habis kelas, keluar makan sama-sama. hari-hari minggu keluar jalan-jalan. ziarah rumah pensyarah ramai-ramai. berkongsi duit semata-mata nak tido kt chalet. buat bising dalam bilik and kelas. (kadang-kadang je) hehe.. 
waaa rindu sangat-sangat pada mereka. rindu sangat-sangat nak buat kerja gila macam dulu. rindu sangat-sangat dengan perangai kebudak-budakan dulu. rindu sangat-sangat aku yang dulu.

life must go on! rindu itu pengubat segala duka di masa hadapan. 

Sunday, November 6, 2011

AIDILADHA

selamat hari raya aidiladha! 
yeyeye akhirnya aku berjaya menjadi seorang perantauan.hahaha agak sengal kan? orang lain bukan main lagi tak suka. tapi aku terlebih suka lak. 

hurmm tahun ni raya agak kelainan sikit sebab family aku berkurang. yelaa adik aku yang sorang tu kan dk jauh. huhu so kami terpaksa la beraya 6orang je kat umah ni. selamat hari raya ye PAEH! ;>) semangat dia tanya umi pasal nak masak kuah kacang untuk nasi impit. selamat belajar memasak la ye kt sana. 

ouh yeaa kali ni lagi sekali aku berjaya membuat lontong! yeaahh! haha.. seronok bila dah siap. 100%dari aku okeh.haha. bab sedap tak sedap tu lain kira lah. kalau habis bermakna sedap la kan?kan? hurmm padahal aku ni pemalas dalam bab2 memasak nih.  

salam aidiladha!

Sunday, October 30, 2011

CUACA TAK MENENTU

 perasan tak?? sekarang kita rasa sekejap panas...sekejap sejuk... sekejap panas+sejuk..
hujan?? boleh dikatakan setiap hari hujan. ouh ye bukan setakat hujan je tapi segala guruh segala kilat bagai kita rasa.  so scary lah bila kilat+guruh yang tak henti-henti. siyesli masa duk umah tak terasa semua ini. kalau ada kilat pun sekali dua je and bukan berterusan seperti di sini. 

semakin tinggi bangunan semakin banyak berlaku hujan kilat..ecece masuk bab inferens dalam sains darjah 4 la pulak. so semua ni nak salahkan siapa? sesama kita sendiri jugak la yang salah kan. and sometimes kita as human ni sendiri yang menyebabkan pollution.. segala jenis pollution lah. tapi pernah ke kita sedar ea? sehari dua lepas ada terdengar yang beberapa orang student disambar kilat. cuaca time tu boleh dikatakan panas and tetiba ada kilat..beberapa minit lepas tu baru laa hujan. so semua ni kita dah tak boleh nk expect bila akan berlaku. hurm we must always be careful in any situation. agak menakutkan kan?kan? 

Wednesday, October 5, 2011

JANGAN MENGUTUK KELEMAHAN ORANG!

malam ni bukan kali pertama eiey bermain futsal.eiey pernah bermain untuk pertandingan inter-part masa diploma dulu n team kitaorng dpt la tmpt kedua. tapi malam ni! buat pertama kali eiey menjadi golkeeper untuk futsal.

hah memang tak disangka la kan.serius! eiey tak pandai pun main futsal. so tak leh nak berlagak macam mereka yang agak 'teror' kt pdg futsal tadi la kan. actually eiey bukannya nak main futsal tp eiey nak masuk senaman. tp tiba2 nak buka game untuk futsal coz ari selasa adalah 'ladies nite'. 

hurm thanks a lot la kat mereka yang sanggup ajar eiey macam mana cara nak main futsal dengan betul n cara menjadi golkeeper. but kpd mereka yang agak tak puas hati dengan eiey tu tolong la cermin diri tu yea.! alaa ko dulu masa first main pun mesti macam kaki bangku gak kan? nak sepak bola pun entah ke mana. so jangan la senang2 nak kutuk eiey macam tadi ye.

agak sedih! sampai ati ko kata i catch the ball like i catch the chick! huh sengal la. yeah tahu la ko tu lelaki (bajet teror gila ar sepak bola n tangkap bola kan) but when u say like that i think that u like 'pondan' because ko mengutuk seorang perempuan yang tak tahu pape. kalau ko kata macam tu kat kaum sejenis ko. aku tak kisah sangat ar. 

kita ni as human jangan ar cepat sangat nak kutuk kelemahan orang.at least bagi ar support. ishh aku memang kesian ar sape jadi awek ko. seriously! aku memang tak suka orang macam ko.

harap tak jumpa lagi dengan manusia itu!

Friday, September 30, 2011

ADAKAH INI DIKATAKAN KEHIDUPAN YANG BARU?

salam sayang semua! ;>)

sebelum ni selalu sangat fikir bila laa dapat belajar luar kelantan ni. opps jangan salah faham pulak ye..bukan tak suka belajar at kelantan tp eiey nak la jugak merasa hidup di tempat orang kan. nak kata berdikari tu ye la jugak kan. mesti semua orang pun nak rasa perkara yang sama kan? tak kan nak berdamping dengan family je setiap masa rite?

and now eiey sudah pun berada di shah alam. sesetengah orang cakap alaa setakat duk s.alam pun nk heboh2 + bangga ke? yeahh maybe korang pun akan fikir macam tu jugak kan? but eiey tak kisah.  even i'm not going to oversea like my brother, but i'm still proud on myself. 

hurm dah 3weeks pun eiey stay at s.alam ni. alhamdulillah setakat ini semuanya okey! dapat roomate pun orang kelantan jugak.haha memang tak akan lari dari jumpa orang kelantan lah. lagipun kat sini boleh dikatakan memang tersangat-sangatlah ramainya rakyat kelantan. so senang lah eiey nak mintak tunjuk ajar dari mereka kan.. 

k lah nak sambung study plak. next week ada 3quiz.even quiz tp tersangat bermakna taw.hehe. sama2 la kita doakan kejayaan kita yerk. 

;>)

Monday, September 5, 2011

SYAWAL KALI INI KU MOHON SERIBU KEAMPUNAN

salam sayang semua! ;>)

hai hai hai! sibuk beraya sampai tak ter'update' blog nih. aish jangan merajuk ye blog ku sayang.

hahahaha sibuk sangat ke?? kawan-kawan mesti tersangat gembira kan raya tahun ni? ouh ye baju raya warna apa?raya kat mana? (ni la soalan yang selalu keluar dari mulut ni sejak kecil lagi).

ok! dah berapa banyak duit raya kawan-kawan kumpul? mesti banyak kan? eiey dapat sikit je tu pun 2 orang je yg bg tolak my parents la. kesian kan? almaklum laa orang kata dah dewasa kan? padahal masih remaja lagi ok!hehe.

tahun ni eiey balik beraya kat kb sebelah umi. just pergi at kubur n umah pak sdare kejap n then terus balik. on the way balik tu kami sempat lagi singgah beraya kat pizza hut! haha ingatkan tak ada orang nak pergi sana hari raya pertama tu rupa-rupanya ramai je orang yang pergi. yela itu kali pertama kami beraya kat pizza hut. ;>)

dan semalam family eiey buat umah terbuka + solat hajat. ramai jugak la yang datang. apa yang paling best bila kuah lontong eiey yang kali pertama eiey masak habis! n terpaksa masak 2kali.perghh bangga sekejap!hahaha. tp yang sedihnya bila tak ada sorang pun kawan eiey yang datang. abg long tanya mana kawan eiey, n nak taw eiey cakap apa? hehe " ore mana ada kawan kat tanah merah ni semuanya duk jauh2 luar daerah ni" siyesli boleh dikatakan eiey tak ada kawan sekitar umah ni. nak tahu kenapa? masa skolah dulu eiey skolah at kb  n bila blk umah dk terperap dlm umah je lah.dekat umah pulak xda jiran terdekat so lagi la menyepi. kwn2 skolah rendah dulu pun eiey xingt sangat n xrapat sangat. kdg2 bila jumpa tu rasa segan lak tp kalau ada yg eiey masih ingat pun diorang lak tak ingt kat eiey.hurm xboleh nk buat apa la kan? haha agak bosan kan kehidupan eiey bila blk rumah ni kan? ok daah tutup cite pasal tu.

 ok la eiey ucapkan selamat hari raya n mohon maaf jika ada tersalah bahasa tersinggung perasaan dengan omelan2 eiey sebelum ni.

NAK DUIT RAYA!!!;>)


Wednesday, August 24, 2011

KITA HANYA MERANCANG TAPI TUHAN YANG MENENTUKAN

salam sayang semua! ;>)

tup tap tip tup 
hari ni dah masuk hari ke 24 kita as umat Islam berpuasa kan
begitu cepat masa berlalu
rasanya baru semalam je eiey habiskan final exam bagi semester akhir di UiTM machang
bermula je cuti macam2 yang eiey rancang antaranya nak bekerja!
tapi macam hangat-hangat tahi ayam je kan yela sampai sekarang stay kat umah je
apa yang eiey tahu 
tido+makan+tv+fesbuk+kemas2 umah
huh agak membosankan! dah jadi macam rutin harian lak
kononnya nak pi duk umah at KL tp jauh sama sekali kerana selalu je cancel
pernah sekali bukan main lagi rancang dgn umie nak pi KL tp semuanya hancus dsbabkan ada program lain.
umie ada bowling tournament+aku pulak ada appointment dgn doc
pastu masa hujung minggu tu pulak ak d invite utk join reunion komander at terengganu n reunion+bowling tournament anjuran alumni sekolah menengah dulu. semua event pd hari yg sama
nak tahu apa jadi? 
hampeh! last2 eiey duk umah je xkemana2 pun.
haishh semua yg drancang xmenjadi.
tapi alhamdulillah+ bersyukur jugak yg plan nk mengerjakan umrah sekeluarga terlaksana juga. nasib baik yg ni menjadi. 
betul la kan kita ni sebagai hambaNYA hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan. mungkin apa yang dirancang oleh kita tak semestinya baik untuk diri kita. DIA lebih mengetahui segalaNYA.

ok bulan ni dah masuk bulan ke-4 eiey digelar PENGANGGUR TERHORMAT. perh lama kan?
dan bulan ni jugak mungkin bulan yg terakhir eiey akan hold status penganggur nih.

tak sabarnya nak bulan 9 ni!! 
dulu masa duk belajar, selalu dk fikir bila la nak habis belajar nih
tp bila tak belajar sibuk pulak nk fikir sambung belajar. haishh manusia kan tak pernah puas dengan apa yg ada.



eiey membebel; nanti eiey rajin eiey uploadkan pics semasa eiey mengerjakan umrah

Wednesday, August 17, 2011

Sunday, August 14, 2011

TIGA KATA


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Katakan aku cinta
Aku cinta kamu
Katakan aku cinta
Aku cinta kamu
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi mengapa runsing meluahkan perasaan
Mungkin mereka tahu
Andainya hari esok
Kita tidak terpisah

:::v.i.p version:::
enjoy this song!

Saturday, August 13, 2011

SURAT UNTUK AWAK.

 ello ello testing testing ----> pekejadah aku cakap benda alah ni??!! haishh menyibok lah..
ok! mood aku agak kurang baik arini. perh pagi2 dah macam ni mmg biul la kan?? x aihhh dr semalam lagi aku duk pikir pasal benda alah ni...eh eh eh bukan semalam lah dah berkurun lama dah tapi aku tak taw nak habaq camna...

pssttt awop tuh! awop laa! yela awop la sape lagi?? xde orang lain kat sini.awop je. meh sini eiey nak cite..maap dari awal lagi bukan nak buat ketupat ye tapi nak buang benda alah yang menyemak di JIWA eiey nih..perh ayat tak leh bla..

ishh macam mana nak mula ye! hurmm errrrr

okey gini la eiey nok awop terus terang la dengan eiey. awop tak puas hati gapo eh dengan eiey? cer cite gapo dio masaloh tuh. dulu molek2 jah kito saim. tapi tibo2 kito jadi gini supo orang asing pulok. serius eh eiey tak tahu punca gapo sebenar nih.

awop ado duk jajo crite pasal eiey? tahu la tak puas hati tapi gak jangan la duk buat crite kokse kokdang. hok eiey tak buat pun awop kata eiey buat. haiyaa ni hok buat eiey jadi tak puas hati dengan awop plop nih. jangan duk buat gitu gak nampak sangat eh awop tu jenis talam 2 muka. tapi alang2 tuh bakpo awop tak buat kuih talam terus eh? hok tu lagi la sedap boleh di makan gitu.

pah 1 hal lagi, sebelum ni gak maso kito duk saim molep2 dulu kalo, awop suko sungguh cerita pasal diri awop. sampaikan eiey leh tahu hok mano cerita betul hok mano tipu. awop ingat eiey nih BLUR + ST_P_D ke? eh maap la deh kalau eiey gitu gak xdop la eiey masuk UNIVERSITI tuh. yorlaa masa awop cerita tuh mmg la eiey dengar and layan perangai awop tuh.  tapi sekali lagi maap la deh rasanya 20% jah hok eiey percaya daripada hok awop cerita tuh. nak tahu bakpo? sebab awop tuh suka sangat tokok +! ok fine! mmg la manusia supo kita nih tak berapa nak perfect tp gak AGAK-AGAK la weh nok cerita pun.

ok hok eiey tak puas hati sangat2 dengan awop bila awop berlagak macam awop tuh orang KAYA! haishh awop, awop! bakpo la eiey leh saim dengan awop ni. awop tahu dop? cara awop tuh macam tak berapa nak bersyukur dengan kehidupan awop SEKARANG nih. tak baikkk tahu dop? ok! masa mula2 eiey kenal awop tuh memang la eiey tak perasan lagi dengan cara awop tuh. tapi bila eiey tengok dengan mata kepala eiey sendiri...perhh memang tak terkata la awop eh. memang jauh berbeza daripada awop cerita. mana semua benda yang awak cakap tuh ha?? ada kereta besar la + umah besar la + itu ini la..mana semua tuh awop weh?? adoiii awop!! kalau awop tuh tak KAYA tolong laaa jangan buat gitu. buat orang makin menyampah dengan awop la.

meh sini eiey nak oyak! hey eiey tak kisah la saim eiey tuh miskin ke sederhana ke kaya ke tapi yg penting kita tuh ada hati hok ikhlas untuk berkawan. eh awop! awop ingat eiey nih kaya ke? sorry to say la deh family eiey nih sederhana jah. xdop kaya raya eh. umoh pun xbesar macam umoh banglo orang2 kayo tuh..erkk nama lagi xkaya kan? pahtu kereta2 hok ado tuh. mmg la nampak banyok tapi awop ada tanya eiey dop? payment kereta tuh gano?ingat tiap2 bulan senang2 jah ko nok bayar? kadang2 tuh amik masa berbulan2 jugop tahu dop? and semua yang eiey ado tuh bukan hok eiey tapi hok parents eiey. ada awop tanya eiey semua tu? xda kan? hah dah tu bakpo awop nok b'perangai gitu? kita nih bersyukur je la gapo hok kita ado loni jangan sampai kita hilang semua benda tuh baru la mula nk nangis dengan penuh penyesalan..haisshh no no no ye!

eiey pun tahu la awop tu cerdik lagi dr eiey tapi eiey pun nok oyak jugop la sebijak mana pun kita and kalau duk kedekut ilmu tuh jangan duk bharap leh gi jauh la. ingat molep tuh. iyo eiey ingat lagi zaman sekolah dulu, cikgu add math sopmo duk pesan JANGAN KEDEKUT ILMU. kalau saim2 mitok tolong ajar tuh ajar la dio sebab kalau kita ajar dengan hati yang ikhlas, maka senang lah kita esok2..pehe2 la deh.

haishh panjang la pulak eiey duk membebel kt awop nih. bukan gapo eiey nok saim2 eiey nih jadi org molek2 blako. xse la baloh2 n masam2 muka nih. kita pun semakin hari semakin meningkat umor doh kan. xkan la nk prangai macam budak2 lagi. kita kan dikurniakan otak n akal untuk berfikir so kita guna molek la.

eiey pun tahu eiey pun banyok buat salah jugak. eiey xdop la salahkan awop 200%. tapi kalau boleh biar la kita bersikap profesional deh. kalau nok baloh jugop gak smeta sudoh la. xse la lama2 sampai kan bertahun-tahun lamanya. and nok tahu dop masa eiey gi buat umrah dulu? maap la nok oyak jugak nih. eiey tiap2 hari duk berdoa kt saim2 eiey bia ikatan hok kita sama2 bina tuh kekal sampai bila2. pahtu bia semuanya berjaya blako.

awop, eiey mitak maaf sangat2 la kalau eiey mmg betul ada buat awop tak puas hati. macam eiey oyak tadi la manusia ni tak dop hok perfect. kalau betul eiey ada buat salah dgn awop, awop oyak jah kt eiey. tak pe eiey tak marah lagipun dengan cara tuh lagi molek kan drp kita duk buat ketupat.

eiey nok awop tahu eiey sayang sangat ko saim2 eiey nih. sekali kita saim selamanya kita akan saim.ingat tuh. ada masalah macam mana sekali pun, harap sangat2 kita pakat settle dengan molek. sungguh ni eiey tak bergurau pun.

ok lah eiey xse membebel doh..bulan2 puasa ni mari la kita pakat bermaafan blako deh. tinggalkan kenangan buruk hok lepas2 tuh. harap tuh.

haishh boleh hilang 'seri' duk membebel pagi2 nih..hehe. lepas2 ni nk membebel waktu lain lah pulak.


 JUN+MIR+COMOT
haha JUN n MIR tuh dah macam kucing kat rumah eiey jer. tapi ekor MIR tak panjang macam tuh. 
eh eh tengok haiwan pun berkawan baik je.. (baik la tu sampaikan leh duk keadaan macam tu kan? hehe?)
so kita as human ni xnk la gaduh2 yek.kalau gaduh2 manja tu no hal la tapi jangan terlebih mengada-ngada lak..opppss hehe 
so fikir-fikirkan lah ye!



sejauh mana kita bermasalah cubalah untuk senyum kerana senyuman itu akan memberi ketenangan kepada jiwa. ;>)

Friday, August 12, 2011

WHEN WE ARE FRIEND

 
 
 
 
we were in university when we became friends
we made a packed we'd be friends till the end
playing n studying around together
next thing we know we'd be adults

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Telling secrets, talking about boys n girls
Growing up, getting rid of all our mind
Talking to each other on the phone
Knowing that we'd never be alone

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
And even when we had our fights
Some how we knew everything would be alright
Yup, sure we had our ups and downs
We shared our smiles and our frowns
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
I don’t know what should I do
If you weren’t my friend
I don’t think my heart
Would ever mend

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
I hope you know I always have your back
Just like you’ve had mine
And it will always stay that way
Until the end of time

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
I thank God bcoz I got friend like you
that we got to spend together
our friendship I will always Treasure!
So I just wanna say thanks
Thanks for being my friend








I always love you guys
even I did not msg, call n meet you
I still remember all of you
sometimes it's better for us to be silent for a while.






;>)

Wednesday, August 10, 2011

RUSUHAN DI LONDON

 selamat pagi!! wah semangatnya saya hari ini! yela baru je lepas solat subuh, and then terus terkam kt my lappy ni semata-mata nak meng'update'kan blog nih.

hurm~ nak dijadikan cerita, petang semalam semasa my family on d way nak py hospital at kb utk tgk my 'pok sdare', my umi tanya la kat my abah, bila nak pegy KL coz my adik pun nk pegi jugak untuk ambil visa die..(almaklumlah bulan 9 nanti die dah nak fly pegy belfast daa). and then my abah tiba-tiba kata "tak yoh gi la oghe dok tengoh rusuhan sano" eerkk faham ke idak?? ok2 saya translate (tak perlu pergi lah, kat sana orang sedang b'rusuhan). tiba-tiba saya terfikir betul ke apa yang my abah cakapkan nih...tu laa malas sangat nak tengok berita sampaikan tak tahu apa yang dah berlaku..

and then semalam jugak lah saya rajinkan diri ni untuk tengok berita kt tv3..mak oiii memang terkejut jugak lah memang betul apa yang my abah bagitaw.

aduh dalam berita kat tv3 semalam tunjuk video pasal seorang student MALAYSIA kena belasah dan diragut. kesian sungguh saya tengok.
 dalam berita semalam bagitau yang student ni keluar menziarah kawannya untuk berbuka puasa and then terserempak dengan beberapa orang 'pengganas'.

ok kat sini ada petikan yang saya ambil dari malaysia today tentang keadaan student tersebut. 

(The Malaysian Insider) - Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam. 


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.


“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.


“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).


Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.


Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.

nak tahu lebih lanjut lagi??
usha-usha la jugak kt blog remaja boroi dan tauhu sumbat.




apa yang penting kita patut rasa bersyukur sangat2 coz negara kita MALAYSIA ni aman damai serta sejahtera. n kita kena la jaga negara kita ni leklok, 
nak ke kita menghadapi masalah macam negara2 lain? 
nak ke kita hidup dalam ketakutan? 
nak ke kita bermusuh-musuhan?
nak ke kita memalukan nama negara kita?
nak ke kita hidup dalam keadaan huru hara?

haaa NAK??huh saya rasa sape yang berkata NAK  tu patut diNYAHkan terus dari MALAYSIA nih.

ok la papepun kita semua ada otak, ada akal so fikir-fikirkan lah.

hurm sama-sama la kita berdoa untuk sahabat2, saudara mara kita yang berada di sana semoga mereka dalam keadaan selamat sejahtera.

DAN

doa-doakan lah juga untuk my 'pok sdare' semoga dia cepat sembuh daripada penyakit cancer perut..
(terasa nak menitis je air mata tengok keadaan dia semalam, dipenuhi dengan wayar2 dan terpaksa menggunakan mesin untuk bernyawa).

Tuesday, August 9, 2011

BABAI MACHANGSTER WELKAM USA

MACHANGSTER!! """"""> maafkan saya kerana terpaksa meninggalkan kamoo, bukan sengaja saya bertindak sedemikian tetapi takdir telah menentukan yang kita terpaksa berpisah..sobs ;<(

USA!!! :::::> terima kasih kerana sudi menjemput saya.  segala penantian yang saya nantikan selama ini akhirnya memberi jawapan yang teramat gembira untuk saya! ;>)
  
haaa nak tahu kenapa saya berkata sedemikian???



dah terang lagi bersuluh..actually dah lama dah nak bagitau pasal ni tapi disebabkan sebelum ni terlampau malas nak update blog, so tarapampaa  ni la surat tawaran yang saya dapat. so sape2 yg dk study kt shah alam jugak tu jgn lupa la tegur2 saya ea..hehe ;>)

walaupun selepas ini saya akan ke uitm shah alam, tetapi uitm Machang tetap di hati saya. terlampau banyak kenangan di sana..saya tak akan lupakan semua itu. dari awal saya menjejakkan kaki di sana sampai la saya menyelesaikan tugas dalam mendapatkan segulung diploma..ok lah nanti saya cerita lain kali yerk..

k tatatititutu..;>)









sejauh mana kita bermasalah cubalah untuk senyum kerana senyuman itu akan memberi ketenangan kepada jiwa. ;>)

Monday, August 8, 2011

PERBUALAN DI MALAM PERTAMA


 semasa saya layan fb tadi saya ada terjumpa 1 note ni..sungguh kagum saya membacanya dan teringin la nak kongsi kat sini. jom baca!

Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil…malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.
Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.
Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan…tidak pernah mereka berjalan beriringan…tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin…Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut….Si suami membasahkan tubuhnya…menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong…agak lama…sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu…Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil…umpama merintih.
Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur…itulah Cinta suaminya yang sejati…dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu…ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya…tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..
Dia menunggu….berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya…isterinya menunduk malu..
 Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)
Isteri : Ramai kan yang berniqab
Suami : Kerana Awak ada Agama
Isteri : Ramai kan yang ada Agama
Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T
Isteri kehabisan soalan…dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak…tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak…dan ketika awak membuka niqab…saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak Cantik….
Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal…tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak…Wana’uzubillah..
Isteri : Saya juga ingin cantik…
Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal…awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan…
Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari…malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada Caranya…malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Isteri : Saya Kurang faham… dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata ” Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu …Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada…nanti sekejap..
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung “. (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya ” dan kami jadikan mereka itu gadis perawan ” (ayat 36)
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti…
Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi ” (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur ” (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)
Isteri : Sohih tu bang…tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..
Suami: Baiklah…tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin…yang saya ceritakan tadi…ingatkah?
Isteri : Oh..ada2 ingat….
Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .
Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham…maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?
Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!
Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu…bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!
Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?
Suami : Buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).
Isteri : Wah….saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).
Isteri : Alhamdulillah…baru saya faham sejelasnya…terima kasih abang…
Selepas itu mereka pun menunaikan tanggungjawab masing-masing….sekian

KOPIPES DARI SINi.
dah baca?? alhamdulillah sama-sama lah kita mengambil manfaat dari apa yang hendak disampaikan oleh penulis.


sejauh mana kita bermasalah cubalah untuk senyum kerana senyuman itu akan memberi ketenangan kepada jiwa. ;>)