Tuesday, November 29, 2011

QUIZ? TEST? EXAM?

hahaha quiz=test=exam=??? 

memang agak terbaik la aku study kat uitm ni. tiap2 minggu akan ada quiz klau bukan quiz mesti ada test. 
pernah sekali kena pop test! ok lagi sekali POP TEST! bukan pop quiz ye..hakhak..

hurm esok menanti lagi 1 quiz dan lusa pun sedang menunggu jugak..haiyaa. 
tapi kan bagus jugak la ada quiz and test every week. yela at least aku buka buku and study.. kalau tak, memang  berhabuk la buku-buku aku tu sehingga la tibanya final exam.. ngee;>) betapa rajin aku kan?hahaha

ok dah tak mau mengomel lagi! time to sleep! 

Thursday, November 24, 2011

teramat rindu

saya rindu kawan-kawan saya. saya rindu nak lepak dengan mereka. saya rindu nak berjalan-jalan dengan mereka. saya rindu nak dengar gelak tawa mereka. saya rindu nak dengar celoteh mereka. saya rindu dengan gelagat mereka. saya rindu dengan wajah mereka. saya rindu dengan senyuman mereka. saya rindu nak dengar kata-kata semangat mereka. sungguh saya sangat sangat rindu mereka.

saya teramat rindukan mereka! kawan-kawan sekolah. pergi sekolah sama-sama. pergi prep sama-sama. pergi makan sama-sama. buat kerja gila sama-sama. kena denda sama-sama. mengata orang sama-sama..heheee. lari keluar dari asrama semata-mata nak pergi pasar malam. sembunyi dalam bilik or toilet sebab ponteng prep and riadah. lepak dekat katil ramai-ramai. berkelah dalam bilik prep. cari gaduh dengan orang..(sikit je) hehe.. cuci kolam ikan asrama sama-sama.  mandi kat kolah ramai-ramai. serius!! rindu sangat!

saya teramat rindukan mereka! kawan-kawan universiti. pergi kelas sama-sama. pergi kokurikulum sama-sama. pergi jalan-jalan. lepak-lepak tak kira dimana jua even kat tangga and longkang pun kami sapu sambil menikmati udara malam. oppss bukan udara dari longkang ye.. hehee.. berbasikal or berjalan keliling 1 U tiap-tiap petang. lepas habis kelas, keluar makan sama-sama. hari-hari minggu keluar jalan-jalan. ziarah rumah pensyarah ramai-ramai. berkongsi duit semata-mata nak tido kt chalet. buat bising dalam bilik and kelas. (kadang-kadang je) hehe.. 
waaa rindu sangat-sangat pada mereka. rindu sangat-sangat nak buat kerja gila macam dulu. rindu sangat-sangat dengan perangai kebudak-budakan dulu. rindu sangat-sangat aku yang dulu.

life must go on! rindu itu pengubat segala duka di masa hadapan. 

Sunday, November 6, 2011

AIDILADHA

selamat hari raya aidiladha! 
yeyeye akhirnya aku berjaya menjadi seorang perantauan.hahaha agak sengal kan? orang lain bukan main lagi tak suka. tapi aku terlebih suka lak. 

hurmm tahun ni raya agak kelainan sikit sebab family aku berkurang. yelaa adik aku yang sorang tu kan dk jauh. huhu so kami terpaksa la beraya 6orang je kat umah ni. selamat hari raya ye PAEH! ;>) semangat dia tanya umi pasal nak masak kuah kacang untuk nasi impit. selamat belajar memasak la ye kt sana. 

ouh yeaa kali ni lagi sekali aku berjaya membuat lontong! yeaahh! haha.. seronok bila dah siap. 100%dari aku okeh.haha. bab sedap tak sedap tu lain kira lah. kalau habis bermakna sedap la kan?kan? hurmm padahal aku ni pemalas dalam bab2 memasak nih.  

salam aidiladha!