Saturday, January 28, 2012

DALAM DIAM... A.S.B.S

terasa rindu tapi aku terpaksa diamkan
dah bertahun-tahun kan kita tak bertemu
mungkin kau dah lupakan aku
bila diingatkan kenangan dulu,
aku akan rasa malu sangat-sangat..
kalau boleh aku memang tak nak jumpa kau langsung
dan bagus lah kita tak pernah bertemu
sejak perpisahan itu..

tapi kenapa dalam friendlist aku ada kau?
aku ada terfikir untuk remove tapi hati aku tak nak
aku nak lupakan pasal kau tapi hati aku tak nak jugak
aku tahu kau dah berpunya tapi hati aku degil jugak
aku dah cuba cari orang lain sebagai ganti tapi hati aku tetap tak boleh terima
aku sentiasa doakan kau bahagia dengan pasangan kau tapi hati aku tetap terasa pedih
aku tahu aku memang tak layak untuk kau tapi hati aku masih ada kau

pernah sekali aku cuba untuk lupakan kau
dan hampir setahun rasanya aku memang tak fikir langsung tentang diri kau
tapi kenapa kau muncul dalam mimpi aku setelah aku hampir berjaya lupakan kau?
kenapa kau cuba buat aku ingatkan diri kau kembali?
dan bila aku cuba lagi untuk lupakan kau,
kenapa kau muncul di hadapan aku?
di saat itu aku terasa malu sangat nak menghadap muka kau
tapi kau?
kau buat tak endah dengan aku
aku fikir mungkin kau dah tak ingat aku lagi
nama, wajah serta suara aku mungkin kau dah lupa kan?
tapi kenapa begitu senang kau lupakan aku?
kenapa aku susah sangat nak lupakan kau?
aku tahu kau tak pernah tahu semua ini kan.
dan aku tahu kau tak pernah peduli tentang ini semua kan.
tidak mengapa, aku tahu kau bahagia sekarang
kau bahagia dengan orang yang kau sayang
ya! aku tahu dia lebih baik dari aku.
aku juga tidak layak untuk berada di tempatnya.
dia memang layak bertakhta di hati kau.

walaupun sukar untuk aku menidakkan perasaan di hati ini,
aku akan tetap berusaha untuk melupakan kau,
aku akan doakan kebahagiaan kau.

eiey kecek; perasaan itu terlalu halus untuk dirasakan tapi ia teramat menyakitkan bila dirasakan.

Wednesday, January 25, 2012

FAMILY CERIA XSPM07

hari ni tiba-tiba aku terdetik untuk cerita pasal salah 1 group yang aku join kat fb. selalunya bila aku on fb aku akan usha group tu dulu sebelum aku melencong ke tempat lain. aku jarang post or comment tapi aku suka baca dengan apa yang diorang post and comment. boleh dikatakan aku ni silent reader la.. tapi bila aku rasa aku perlu comment aku akan tinggalkan jejak kat group tu. aku suka sangat dengan group tu even aku tak pernah jumpa pun dengan diorang tapi aku tahu mereka ikhlas.

setiap kali aku buka group tu mesti ada info yang menarik. kadang2 perkara yang aku tak pernah ambil peduli pun aku akan jadi tertarik. posts and comments diorang selalu buat aku tersenyum. kadang2 otak aku yang malas nak berfikir ni jadi rajin nak berfikir terutama tentang hal2 isu semasa. ada ketika juga diorang suka memberi nasihat, sokongan walaupun tak kenal sesama sendiri. aku suka sangat dengan diorang. tapi...tapi.... yes! ada tapi jugak, aku rasa rendah diri sangat dengan diorang. aku tengok cara diorang berfikir, bercakap, and perwatakan diorang bagus sangat. sometimes aku rasa malu nak join diorang. yela aku ni dah la tak pandai nak berkawan..sobs.. 

okeh kembali kepada cerita tentang group tu... nama group tu FAMILY CERIA XSPM07. dah lama daa ditubuhkan sebenarnya. sejak zaman friendster lagi. aku difahamkan group tu diwujudkan semasa trial spm masa tahun 2007 and khas kepada student spm07 sahaja. tapi aku mula join group tu selepasa tamat spm.. almaklumlah dah habis exam and sekolah kan, time tu banyak duk umah je so apalagi ngadap friendster je la time tu.. tekan punya tekan aku terjumpa la group tu so aku join la.. waktu tu memang banyak sangat kitorang  share idea, pengalaman or cerita entah pape la.. and suatu hari tu bila aku dah dapat masuk uitm lagi la aku seronok sebab ramai kawan2 yg dalam group tu sama uitm dengan aku even course yg berlainan. and alhamdulillah sampai sekarang kitorang still berkawan. weeee aku memang nak terima kasih sangat-sangat! la kat orang yang tubuhkan group tu. ok! sekarang ni group tu dah aktif semula dalam fb selepas beberapa bulan tak aktif dalam fs. and aku bersyukur sangat dapat berjumpa dengan diorang semula. 

apa-apa pun aku sayang diorang walaupun aku tak pernah jumpa diorang. posts and comment diorang banyak sangat bagi ilmu pengetahuan kepada aku. terima kasih korang! ;>)

aku akan tetap menjadi silent reader korang! weee jangan marah ye..

eiey kecek ; walaupun tiada kawan yang teramat akrab tapi tetap berkawan dengan semua orang..ada masalah?

Friday, January 20, 2012

new year 2012

eh eh hari ni hampir hujung bulan januari kan. cepatnya masa berlalu. and ini first post for this year..weee..
urmm tak terlambat lagikan nk wish happy new year! almaklum lah sebelum teramat siboook..

ok hari ni juga aku last exam for the semester 3 degree.. hooray!! akhirnya berakhir jua 1 semester.. rasa happy? of course la. aku rasa degree nih memang aku struggle gila2 arh..tp xtaw la result camna kan..harap2 dpt yg terbaik di antara yang terbaik la kan. ameenn..doakan aku jugak ye! weee ;)

exam kali ni aku banyak study sorang2. x macam dulu.. kalau ada something yg aku serious tak faham, baru lah aku pergi bertanya kepada mereka yang pakar. aku tahu ada orang fikir yg aku ni mesti ada something wrong somewhere sampaikan aku sanggup berkurung dalam bilik sorang2 sampai pergi makan or mana2 pun sorang2 je.. aku bukan apa, kadang2 aku perlukan masa untuk menyendiri...aku nak cuba independent.aku tak nak bergantung sangat pada orang.. lagipun aku tahu aku bukan rapat ngn mana2 kawan aku pun. errr kawan tu mmg la kwn tp aku susah sgt nak merasa kwn yg betul2 faham aku. kdg2 bila aku bersama ngn mereka secara tiba2 aku akan terasa asing..aku pun tak tahu kenapa..hurmm apa sebenarnya masalah aku ni erk? yg mana can get along with me tu ok but sometimes ak rasa macam aku susahkan mereka je...hurmm entah la..maybe aku kena pergi jumpa pakar kaunseling kot..hihihiii

errr dah melencong tajuk lain dah aku ni...haishhh..tp bila fikir2 betul la kan, aku ni sebenarnya mmg problem sgt kalau berkawan nih...huhu help me! mcm mana nak settle kan this problem ha?aiyaaa..

ouhh ok dah tutup buku pasal problem tu.

now dah star cuti semester..hurm apa ye yang aku buat sepanjang cuti sebulan lebih ni? kalau cuti 4 bulan dulu aku just duk umah je..tak buat pape pun..hanya tahu menyihatkan tubuh badan..he he he... so kali ni adakah benda yang sama je? oh no! aku nak try buang lemak2 di badan aku ini..harap2 berjaya!weee ;D