Thursday, February 23, 2012

jejaka malaya patah seribu

haaa betul tak? para jejaka malaya sekarang tengah berputih mata dan juga patah seribu seperti dinyanyikan oleh shila amzah... mana taknya gadis pujaan mereka, LISA SURIHANI telah sah menjadi isteri kepada YUSRY KRU...

melopong la korang wahai jejaka-jejaka di luar sana kan? kasihan..hihihi..

yang menarik perhatian aku sebenarnya bila abang aku buat status

hahaha sabar yea wahai abang ku.. nanti cari yang lain pulak ye..kihkihkih

apa-apa pun aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU
semoga bahagia sampai ke syurga...;D



eiey kecek ; aku doakan semoga jodohku sentiasa beriman kepadaNYA dan bimbinglah aku ke jalan yang benar kelak..

KARTUN DI ZAMAN KECIL

teringat masa kecik-kecik dulu suka menghadap tv semata-mata nak tengok kartun..dalam sehari tu tak sah kalau tak tengok kartun. ingat lagi tak korang punya favourite kartun apa? mesti ada yang dah lupa kan.
zaman dulu tak wujud lagi channel fully cartoon macam yang ada kat astro sekarang ni.yela astro pun tak wujud lagi zaman aku kecik-kecik dulu and hidup pun tak senang macam sekarang ni.eh senang ke? hehe senang la jugak.. sekarang dah macam-macam jenis cartoon yang adik-adik kita tengok kan. kadang-kadang kita yang dah besar panjang ni pun still tengok lagi kan?hehe
hurm rindu pulak zaman tu..oh yea antara favourite kartun aku masa kecik-kecik dulu sudah semestinya SAILORMOON.. pernah aku berangan nak jadi macam sailormoon yang ada kuasa tu dah la comel je kan..

-SAILORMOON-
the most favourite cartoon 

-DORAEMON- 
(masih terpapar dikaca tv kan? )

-SCOOBY DOO-
very fun with it's mysterious


-POPEYE-
eat spinach if you want to be strong like him..hehe

-POKEMON-
interesting with the various type of pokemon


-DRAGON BALL-
dragon ball ada 7 biji semuanya..hihi



eiey kecek ; the memories is the best thing in our life

waja sudah rosak la


alahai kereta waja...  kenapa hari ni ko buat hal ha? nak bocor lak tangki minyak tu..nasib baik tak drive pi jauh-jauh kalau tak naya aku dengan umi..

lepas ziarah jiran berdekatan tadi, nak pi singgah kedai jap nak beli makanan, tapi beberapa minit sbelum tu dah perasan da ada terbau minyak tapi buat dek je.. yela ingatkan bau minyak dekat area berdekatan tu.. tapi bila sampai kat kedai, aku turun kereta and tengok perghh bau minyak makin kuat and tengok bawah kereta....haaa tu diaaa punya la banyak minyak keluar.. dah tu pulak handphone pakat tak bawa, so apalagi kalut aihh drive dengan perlahan balik rumah.. sementara nak sampai rumah tu pulak waja semakin buat hal..bila dah hapir 50 meter nak sampai rumah...waja terus tak hidup-hidup..aiseehh aku dah takut daa dengan minyak yang bocor tu..yelaa mana tau kot2 leh terbakar ke..lagi naya kan..

hurm nasib baik ada beberapa orang kat situ so minta tolong la diorang tolak kereta sampai ke rumah.. terima kasih banyak-banyak ye! and maaf sangat-sangat kat jiran-jiran yang lalu lalang tadi...heee.. something yang tak dijangkakan kan.. tu tak taw la bila nak pergi hantar workshop.. nasib baik la ada kereta satu lagi, tak da la umi susah nak gi kerja nanti.. 

eiey kecek ; aku mengaku yang aku tak reti sangat pasal kereta ni, kalau setakat nak pam angin, buh minyak, check air tu aku taw la..heee ;D..... apa guna jejaka2 dalam family aku kan? hehehehehe

Tuesday, February 21, 2012

nismo 370z

2009 nissan nismo 370z

2010 nissan nismo 370z

2011 nissan nismo 370z

2012 nissan nismo 370z



*TERINGINNYA AKU NAK NAIK KERETA NI.. BOLEH DRIVE SEKALI PUN CUKUP LA.. ;D
tapi ada ke orang nak bagi aku peluang untuk drive kereta tu? kalau nak beli sendiri haishhh... tapi tak mustahil kan?hehe

eiey kecek ; wuaaa seriously! i want that car!

Friday, February 17, 2012

HIM


no words to say about him
but i love to see him
that's mean of what?
just wait and see 


eiey kecek ; when it comes to you please appreciate that before it left.

Sunday, February 12, 2012

TAHNIAH NEGERIKU

terima kasih mr. google ;>)

alhamdulillah aku rasa bangga dilahirkan sebagai anak Kelantan walaupun banyak cerita yang kurang menyenangkan terpapar di media. aku tak salahkan mereka 100%  yang berbisik kurang enak di pendengaran aku. apa yang mereka hebahkan mungkin ada yang betul tapi ingat ya kita ni manusia sudah semestinya ada kekhilafan yang tak terjangka. 

apa salahnya kami rakyat kelantan kepada mereka di luar sana? miskin? mundur? adakah kemiskinan dan juga kemunduran itu menjadi kesalahan kepada mereka?  dengar ya wahai mereka yang suka prejudis kepada kami.

kami tak miskin bahkan kami tak mundur. kami sekarang sudah hampir mengejar mereka di luar sana. kami kaya dengan agama, kami kaya dengan ilmu, kami kaya dengan kesopanan, kami kaya dengan adat. jika mereka tetap ingin mengatakan kami miskin, aku membuka gerbang seluas-luasnya kepada mereka untuk datang ke negeriku ini. datanglah dan lihatlah betapa kayanya kami rakyat kelantan. jangan hanya melihat pada rumah-rumah kami yang kecil tapi lihatlah kepada rakyat kami. oh ya! jika mereka turut ingin mengatakan bahawa rumah-rumah kami kecil, mereka salah kerana aku dah mengatakan dari awal lagi bahawa kami hampir mengejar mereka bahkan di antara kami sudah berada di tahap yang sama dengan mereka. 

lihatlah sendiri di luar sana terutama sekali di pusat-pusat pengajian, bergerak lah kemana-mana pun pasti akan berjumpa dengan kami rakyat kelantan. ternyata lah kami semakin maju serta semakin hebat. bukan ingin bermegah tapi ingin membuktikan bahawa kami boleh melakukan yang terbaik walaupun kehidupan kami tak sehebat mereka diluar sana.

mungkin ada segelintir di antara mereka yang kurang senang dengan bahasa kami, ada yang mengatakan bahasa kami agak kasar tapi percayalah kami bahagia dengan bahasa kami kerana itulah salah satu tanda kami berbangga menjadi rakyat kelantan. cubalah belajar loghat kami, insyaAllah akan wujud satu perasaan yang senang dihati.

kami rakyat kelantan akan terus mempertahankan negeri kami. kami akan tetap berdiri teguh selagi terdaya.

eiey kecek ; ada sumber mengatakan budu mampu membuatkan seseorang awet muda serta mengelakkan diri daripada mendapat penyakit kanser dan juga merangsang otak menjadi bijak. betul ke?

Wednesday, February 8, 2012

KUBUR TAK BERTANDA

 tengok tajuk pun dah tahu cerita hantu kan. kenapa orang suka sangat buat cerita hantu ni erk? haishh..
 dah jarang sekarang ni aku nak tengok cerita macam tu kalau tengok pun bila betul2 dah tak ada cerita menarik yang nak ditonton.

tapi....... cerita Kubur Tak Bertanda ni aku kuatkan mata aku ni untuk tengok nak tahu kenapa? hehe 
yes of course la sebab pelakonnya. nak tahu siapa? 


see??
dah tahu kan siapa..

aku cukup minat dengan diorang ni. berlakon la jadi apa pun aku tetap akan tengok juga..hehe

hurmm cerita ni dah lama sebenarnya.. tapi tak ada la lama sangat bulan jun 2011 lepas. and aku baru tengok hari ni almaklum la tak sempat nak tengok..so bila astro ria mainkan cerita ni aku pun apa lagi tengok je la.. biar lah orang nak kata tengok cerita lapuk ke apa.. cerita p ramlee yang dah berzaman pun kita masih tengok lagi kan..hihiii..

eiey kecek ; segala yang dirahsiakan akan terungkap dengan sendirinya