Wednesday, May 30, 2012

PENJAGAAN HATI


pernah tak terfikir tentang hati kita? hati ini terlalu lembut serta halus. hati mudah tersentuh dan juga tepengaruh dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.  hati juga mengawal pemikiran seseorang dalam kehidupan. tapi sedarkah kita bahawa hati itu bersih atau sebaliknya? kadang-kadang kita leka dalam menjaganya sehingga menyebabkan kita jauh ketinggalan sebagai hamba ALLAH S.W.T.
dewasa ini kita sering merasakan untuk disayangi dikasihi serta dicintai tapi adakah hati kita itu terletak pada jalan yang benar? bagaimana hati kita terhadap pencipta kita Yang Maha ESA? setinggi manakah kita meletakkanNya dalam hati kita? sebanyak mana kita ingatkanNya? seagung mana cinta kita padaNya? seberapa banyak kita berzikir mengingatiNya? 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda

“ Ketahuilah bahawa di dalam satu jasad itu terdapat segumpal darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati”.
terdapat pelbagai jenis hati dalam diri kita sebagai khalifah di muka bumi ini. tapi pernahkah terdetik di sanubari kita untuk mengetahui serta mempelajarinya?
jenis-jenis hati
  • hati yang sihat
  • hati yang mati
  • hati yang sakit
cara pendidikan hati menurut islam
  • mengenal Allah S.W.T dan menyintaiNYA
  • menuntut ilmu
  • al-khauf
  • sentiasa mengingati Allah
  • sentiasa mengingati mati dan pendek angan-angan
  • amar ma'ruf nahi mungkar dan jihad
  • iman dan amal
dengan terjaganya hati kita, insyaAllah dengan izinNya kita dapat melahirkan sifat mahmudah dan menghindari sifat mazmumah.

rujukan dari blog al-khattab. untuk pengetahuan selebihnya sila ke sini.



Friday, May 18, 2012

MEMBANTU SAHABAT DIKATAKAN PENIPU KE?



kenapa lah sibuk sangat dengan masalah orang lain?
masalah diri sendiri pun tak terjaga
tapi hati, jiwa, jasad ni tak pernah terniat nak menyibok hal mereka
apa lah dosa sampai dikatakan kaki penipu..
niat ikhlas nak tolong sahabat dari diganggu oleh manusia 'psycho'
tapi diri ini pulak yang dikatakan penipu..
nasib badan la eiey...

manusia bersifat 'psycho' ni memang perangai suka menyalahkan orang lain eh???
suka melibatkan orang lain dalam masalah mereka eh???
suka menyusahkan serta menggangu hidup orang yang tak berkaitan dengan masalah dia eh???

boleh tak eiey nak kata yang sebenarnya 
orang 'psycho' ni la KAKI PENIPU!!!

*tolong berhati-hati jika anda berkenalan dengan manusia sebegini

Thursday, May 17, 2012

SEKADAR UCAPAN TERIMA KASIH

macam tahu je eiey tengah rindu keluarga besar ini
terima kasih kerana sudi ajak eiey keluar bersama korang malam ini
walaupun sekejap tapi cukup untuk melepaskan rindu dengan menatap wajah-wajah kalian walaupun hanya beberapa orang je yang hadir.
memang nampak eiey ni pendiam tapi sebenarnya dalam hati betapa gembiranya dapat bertemu dengan mereka.
#errr hakikatnya eiey segan dengan mereka sebab mereka senior eiey..hehehe
eiey tahu eiey tak sehebat kalian tapi eiey kagum, and respect kalian sebagai komander.
eiey rasa bertuah kerana dapat menjadi anggota keluarga komander Kesatria.
* sekali menjadi komander selamanya komander- akan ku ingat kata-kata itu sampai akhir hayatku.
arigato gozaimasu~

^;^ oh yaa sejuta ucapan tahniah eiey tujukan kepada junior2 komander kesatria uitm kelantan kerana berjaya menghabiskan event kawad selama 24 jam tanpa henti bertempat di UiTM Perlis bersempena Ulangtahun Keputeraan ke-69 DYMM Tuanku Raja Perlis pada 13 dan 14 Mei sejurusnya mencatatkan  book of record.. pecah kepale!!! gua kagum sama lu olangg la.. jeles seyh..haha. thumb kiss to you guys!

Friday, May 11, 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

eh eh belum habis lagi nak mengomel malam ni
tiba-tiba tergerak hati nak join segmen miss Z 


okieh untuk mereka yang pertama kali singgah ke blog eiey ni
dengar ni, eiey nok oyak

*blog ni more kepada stori mori kehidupan si gadis yang dikenali as EIEY
*terima kasih kepada awak yang cantik dan kepada awak juga si kacak kerana sudi merajinkan jari anda untuk klik ke blog ini.
*sejuta terima kasih juga kepada miss Z kerana memberi peluang kepada blogger macam eiey untuk join segmen ini.

jawapan untuk soalan miss Z dan awak si comel dan hensem;-
# KELANTAN (sayo banggo sungguh kalu sebut negeri kelate)
# 11 si jelita dan tampan 
(walaupun sikit je yang follow eiey, api semangat untuk bergelar seorang blogger masih  menyala)

*cik leha comel jom la join jugak ;)

Thursday, May 10, 2012

RM 300

haalooolaaa
ni blog eiey kan
so suka ati eiey la nak cerita apa pun kan
tettt tettt tettt 
ok fine.klau tak nak baca, eiey tak kisah pun
sebab kat sini la tempat eiey nak luahkan apa yang terpendam kat jiwa nih
kalau zaman study at machang dulu boleh la nak release tension at padang kawad..opppss terlepas sudaa..hehe
tapi sekarang tak kan nak release kat bilik ni pulak kan
nanti ada la pulak orang kata eiey histeria..huahuahua

ok sekarang apa cerita dengan RM300 tu?
katakan lah sekarang RM300 tu ada at tangan korang,
agak-agak la apa yang korang akan buat?
maybe bagi korang RM300 tu biasa je. 
(alaa setakat RM300 tu sekelip mata je boleh habis.apa nak difirkan sangat..haiyaa)


tapi bagi eiey TIDAK sebegitu..
harap maklum ye.
jumlah tu cukup berharga untuk eiey.
nak tahu kenapa?
sejumlah itulah yang eiey ada untuk survive bulan ini.
opppss bukan nak minta simpati okeh!
kalau nak bersimpati tolong simpati kepada mereka yang berada di belakang kita
bukan hanya sejumlah itu, tetapi secupak beras pun amat sukar untuk mereka miliki.

hurmm nak bagi tips sikit kepada mereka yang senasib dengan eiey ni (especially for student like me)...errrr bukan apa just nak kita sama-sama dapat survive dengan jayanya..(haihh tu dia dengan jaya tu... ;) )

dalam sebulan ada 4 minggu kan?
dalam seminggu ada 7 hari kan?
dalam sehari ada 24 jam kan?

so penyelesaiannya;-
sehari - rm 7
seminggu - rm 49
sebulan - rm 196

*breakfast -> segelas air kosong
*lunch -> nasi+air(apa-apa je)
*dinner -> roti/biskut/apa-apa je makanan ringan

balance - rm 104
* balance tu boleh la nak spend untuk transport, assignment, project or else.
*lagi bagus kalau spend masuk tabung yang selebihnya tu ;>)

so that's all for today!..heeee

oh ya!
the most important, must be positive!!!.

Wednesday, May 9, 2012

Segmen:Doodle Nama Saya Part 2


alamak semalam tak sempat  berada dalam 50 list.
haiyaa
tapi tak pe.. eiey xnak berputus asa! nak cuba lagi!!

nama: FARISYA
warna: MERAH

harap-harap kali ni dapat la doodle itu..cantik sangat!
eden nak lukis sendiri tak boleh sebab tahap kekreatifan serta melukis itu agak kurenggg..hehe

ok kali ini nak tag cik atyn and miss white pulak

nak jugak ke doodle itu??
meh klik sini

Monday, May 7, 2012

Doodle Nama Saya


salam sayang!
nak doodle itu!! ;>)
harap-harap la sempat lagi..
letak nama farisya tau!
pastu nak warna merah ok. hehe

sahabatku teha, ana jom dapatkan doodle!!

thanks to solehah sebab tag me yeah!;))

nak join??klik--->sini

sudah cukup sudah




Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu





Sunday, May 6, 2012

KELUARGA KESATRIA


miss them a lot~

KESATRIA
mengajar aku tentang erti kehidupan ;)

*rindu nak baring kat lereng bukit, padang kawad sambil tengok bintang
*rindu nak bagi hukuman kawad sambil lepaskan stress
*rindu nak berkawad di tengah panas dan dalam hujan
*rindu nak camping, aktiviti lasak
*rindu nak menghadap wajah-wajah pelatih
*rindu nak didenda 
*rindu nak tengok mereka bertukar riak muka dengan beberapa saat
*rindu nak dengar leteran mereka 
*rindu nak pakai uniform


SERIBU UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA KELUARGA KESATRIAKU KERANA MEMBERI SEJUTA SATU KENANGAN YANG CUKUP BERHARGA DALAM HIDUPKU.


perasaan bukan permainan

kenapa perlu wujud sekarang? aku tidak memerlukan perasaan itu. ya memang betul kata sahabatku, ia perkara biasa di peringkat umurku ini. tapi aku tidak perlukannya di saat ini! macam mana aku nak bagi perasaan itu pergi jauh dari hati aku ini? aku rasa tersiksa. aku tak mampu nak menanggungnya. aku cuba bertahan tapi aku tahu itu sekadar luaran sahaja.

i am sick of it!!!

eiey kecek ; semakin aku bertahan,terasa jiwa semakin pedih.