Monday, April 1, 2013

WAJIB BACA: AMALAN SUNNAH YANG DIABAIKAN

assalamualaikum w.b.t

sedang eiey scroll news feed di facebook, eiey terjumpa sesuatu yang eiey rasa kita sebagai muslim patut mengambil tahu tentangnya. mungkin ada di antara pembaca dah mengetahui hal ini dan diharapkan kita sama-sama menyebarkan maklumat ini kepada semua saudara muslim.




Sunnah Yang Ditinggalkan!

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.


#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

Tuesday, February 26, 2013

RANCAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t

nak menulis tapi tak tahu apa yang nak diperkatakan. sekarang ni berada dalam musim tengkujuh yang tak tahu kali keberapa yang dialami. kalau keluar rumah waktu sekarang ni yang menunjukkan 0022 air sudah semakin menghampiri separuh jalan di lorong rumah ini. petang tadi terlihat pelajar-pelajar tahfiz yang teguh berada di hadapan rumah ni sedang bermain bola di dalam keadaan banjir. suka sangat tengok keadaan mereka. bahagia, gembira serta ceria terserlah di wajah mereka walaupun keadaan dalam keadaan sedemikian. dan bila jam menunjukkan 0700 mereka berhenti bermain dan berpusu-pusu beratur menunggu giliran untuk mandi. dapat dilihat dengan jelas disebabkan bilik air terletak diluar asrama. bila azan maghrib berkumandang, mereka bergegas ke ruang dewan yang boleh diperkatakan sebagai surau untuk menunaikan solat berjemaah. kadang-kadang ada di antara mereka akan ke surau yang berada di kawasan perumahan dan juga masjid besar bandar ini. 

cukup kagum dan bangga melihat mereka walaupun berjauhan dengan keluarga tapi mereka sanggup hadapinya untuk kejar ilmu di dunia serta akhirat. bagaimana pula dengan kita? cukupkah solat lima waktu itu?bila azan berkumandang, apa yang kita lakukan?adakah kita terus tunaikan kewajipan itu? 

sekadar memperingati untuk hamba-hamba Allah s.w..t.

#nasihat untuk diri sendiri.

Saturday, February 16, 2013

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum w.b.t

Now i'm officially 23rd years old! 

First of all eiey bersyukur dan berterima kasih sangat kepada umi dan abah kerana telah membesarkan serta mendidik eiey sehingga menjadi diri eiey sekarang.
 Abah yang banyak berusaha membanting tulang tanpa penat lelah mencari rezeki untuk memberi kesenangan kepada anak-anaknya. walau apapun yang berlaku eiey tetap sayang abah sampai mati. tiada abah tiadalah eiey hari ini.
Umi yang cukup tabah dan sabar melayan karenah anak-anak cukup mengkagumi diri eiey dalam melayari hari-hari kehidupan yang semakin mencabar dan menguji keimanan. eiey pun tetap sayang umi sampai mati. umi jantung hati eiey.

oh yaa! 15 februari 2013 ini hari yang cukup bermakna bagi eiey bukan hanya disebabkan hari kelahiran eiey tetapi hari dimana eiey berjaya memberikan satu hadiah untuk diri sendiri yang cukup bermakna dalam hidup eiey. walaupun sedikit tersasar daripada apa yang diharapkan tapi eiey tetap bersyukur kehadarat ILLAHI kerana memberi peluang untuk eiey memberi hadiah sebegitu kepada diri sendiri.

perkara yang paling indah dalam hidup adalah apabila kita berjaya menghadiahkan diri kita dengan sesuatu yang cukup berharga demi dunia dan akhirat. dan eiey akan terus berusaha untuk mengecapinya.

salam sayang, C.E