Monday, April 1, 2013

WAJIB BACA: AMALAN SUNNAH YANG DIABAIKAN

assalamualaikum w.b.t

sedang eiey scroll news feed di facebook, eiey terjumpa sesuatu yang eiey rasa kita sebagai muslim patut mengambil tahu tentangnya. mungkin ada di antara pembaca dah mengetahui hal ini dan diharapkan kita sama-sama menyebarkan maklumat ini kepada semua saudara muslim.




Sunnah Yang Ditinggalkan!

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.


#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

Tuesday, February 26, 2013

RANCAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t

nak menulis tapi tak tahu apa yang nak diperkatakan. sekarang ni berada dalam musim tengkujuh yang tak tahu kali keberapa yang dialami. kalau keluar rumah waktu sekarang ni yang menunjukkan 0022 air sudah semakin menghampiri separuh jalan di lorong rumah ini. petang tadi terlihat pelajar-pelajar tahfiz yang teguh berada di hadapan rumah ni sedang bermain bola di dalam keadaan banjir. suka sangat tengok keadaan mereka. bahagia, gembira serta ceria terserlah di wajah mereka walaupun keadaan dalam keadaan sedemikian. dan bila jam menunjukkan 0700 mereka berhenti bermain dan berpusu-pusu beratur menunggu giliran untuk mandi. dapat dilihat dengan jelas disebabkan bilik air terletak diluar asrama. bila azan maghrib berkumandang, mereka bergegas ke ruang dewan yang boleh diperkatakan sebagai surau untuk menunaikan solat berjemaah. kadang-kadang ada di antara mereka akan ke surau yang berada di kawasan perumahan dan juga masjid besar bandar ini. 

cukup kagum dan bangga melihat mereka walaupun berjauhan dengan keluarga tapi mereka sanggup hadapinya untuk kejar ilmu di dunia serta akhirat. bagaimana pula dengan kita? cukupkah solat lima waktu itu?bila azan berkumandang, apa yang kita lakukan?adakah kita terus tunaikan kewajipan itu? 

sekadar memperingati untuk hamba-hamba Allah s.w..t.

#nasihat untuk diri sendiri.

Saturday, February 16, 2013

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum w.b.t

Now i'm officially 23rd years old! 

First of all eiey bersyukur dan berterima kasih sangat kepada umi dan abah kerana telah membesarkan serta mendidik eiey sehingga menjadi diri eiey sekarang.
 Abah yang banyak berusaha membanting tulang tanpa penat lelah mencari rezeki untuk memberi kesenangan kepada anak-anaknya. walau apapun yang berlaku eiey tetap sayang abah sampai mati. tiada abah tiadalah eiey hari ini.
Umi yang cukup tabah dan sabar melayan karenah anak-anak cukup mengkagumi diri eiey dalam melayari hari-hari kehidupan yang semakin mencabar dan menguji keimanan. eiey pun tetap sayang umi sampai mati. umi jantung hati eiey.

oh yaa! 15 februari 2013 ini hari yang cukup bermakna bagi eiey bukan hanya disebabkan hari kelahiran eiey tetapi hari dimana eiey berjaya memberikan satu hadiah untuk diri sendiri yang cukup bermakna dalam hidup eiey. walaupun sedikit tersasar daripada apa yang diharapkan tapi eiey tetap bersyukur kehadarat ILLAHI kerana memberi peluang untuk eiey memberi hadiah sebegitu kepada diri sendiri.

perkara yang paling indah dalam hidup adalah apabila kita berjaya menghadiahkan diri kita dengan sesuatu yang cukup berharga demi dunia dan akhirat. dan eiey akan terus berusaha untuk mengecapinya.

salam sayang, C.E

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU

assalamualaikum w.b.t

ehem ehem entri pertama untuk tahun 2013
2012 telah meninggalkan kita.
jadikan 2012 sebagai pengajaran serta pengalaman untuk kita teruskan untuk hari esok, esok dan esok.

kita tak mampu untuk toleh kebelakang tapi kita mampu memandang kehadapan kerana ada sesuatu yang menanti di hari esok.

kita tak mampu mengubah semua perkara buruk yang telah terjadi dalam hidup tapi kita mampu mengubah hidup kita di hari esok. 

kita tak mampu mencapai impian yang terlepas tapi kita mampu menggapai impian di hari esok.

kita tak mampu bahagiakan diri dengan mengenangkan hari yang berlalu tapi kita mampu ceriakan diri kita di hari esok.

kita tak mampu melupakan semua kenangan pahit yang terjadi tapi kita mampu membina kembali kenangan manis di hari esok.
C.E.

#aku tak pernah memiliki azam tapi aku selalu mempunyai impian. impian ku tak perlu diubah setiap tahun kerana impian ku adalah satu. tetap satu untuk sepanjang hidupku. ;>)

salam sayang, love.


Saturday, December 22, 2012

today

Almost done! 1 project in process and another one still in queuing. sabar sabar ye che eiey..

entah berapa hari daa jadi part-time keje dengan encik kelawar and sekutu dengannya.. tapi tak mengapa sebab zaman menjadi seorang pelajar ni la boleh merasa semua ni. after habis belajar and menemui alam pekerjaan nanti memang jangan harap la nak buat keje2 gila macam ni. confirm balik je dari keje nanti terus kiok atas tilam empuk tu..tak gitu?

hurm.. seminggu lagi nak final exam. pejam celik semester 5 semakin menemui jalan penghujungnya. and beberapa hari je lagi umur ni nak berubah! erkk... tapi perangai still entah pape..hehee

at this time sedang bertungkus lumus untuk group project sas programming.. yiepiee done my part. just tunggu kawan2 siapkan part diorang. siap keje cepat boleh balik cepat. tak sabar nak jumpa my family!

ok daa...
love..peace


Sunday, December 16, 2012

semangatku

DON'T GIVE UP UNTIL THE LAST BUZEN SOUND

*i forgot who said this.. But I hold this word from high school until now..  ;D

love..peace

Saturday, December 15, 2012

REGRESSION BUAT AKU STRESS

Haa! Can I make a title like that?? People who are in regression course pleased don't mad me yeah! hahaha

Seriously! aku rasa stress sangat-sangat untuk run data regression NIH. My lec ask to do the enter and not the stepwise for our model. Run punya run aku tak tahu berapa Kali dah aku tukar data and run semula untuk set-up data tu. Almost 5 hours I'm dating with the data and spss. naik juling aku tengok laptop aku nih.

Finally, after 5hours, I still do not find what I want. Give up? Ha-ha of course la. But just for a while Okeh. Tomorrow I will spend all the day to date with the regression. So, orang lain please jangan ganggu aku bole? hahaha.. tapi aku yang akan ganggu korang utk b'tnya soalan.. 

tapi kan.. sekejap tadi aku dpt msg mngatakan lec aku tu guna je stepwise..so! aku tak paham sangat2 dia nak kitorang guna stepwise or enter..adoyaiii.. huihh ape2 je lah. asalkan aku mencuba untuk mencari apa yang dikehendaki tu. 

*kau kalau tak nak tolong aku please duduk diam2 okeh! errr aku tak maksudkan korang tapi aku maksudkan 'dia'.

ok daa...
Love.. peace


Wednesday, December 12, 2012

SEJUTA PERSOALAN

semalam dari pagi hingga petang aku jadi videographer.. sehingga kan perut aku pun terpaksa diikat semata2 nak habiskan shoot for video Jepun tu..ok itu tak kisah sangat la. macam la semalam je aku tahan lapar tu..ngeee ;) wahhh boleh kurus aku kalam macam ni hari2.. makan pun sekali sehari je.

tapi malangnya bila tiba je scene aku berlakon, battery camera tu kiok pulak daaaaaah. ingatkan boleh la nk settle semuanya tapi terpaksa ditunda hari lain pulak dah. terpaksa la.. urmm but ok laaa dr 7scene tu tinggal 2scene je lagi yang tak settle.

around 4pm baru la perut aku ni diisi..boleh pulak menguap waktu nak makan..haishh tak senonoh betul perangai aku ni kan..hahaha..penat yang melampau lerr tuu. balik je kolej terus tidur sehinggakan roomate kejutkan pun still tak sedarkan diri..ish ish ish bertuah punya budak..

malam tu pulak my umi kesayangan call.. wahh rasa lama sangat dah tak berbual panjang...weee macam2 cerita keluar even still penat.. borak punya borak tup tup keluar cite pasal kawen pulak dah! lagi sekali aku dipersoalkan dengan soalan itu! ah! no komen.hahaha. my umi told yang aku perlu sambung pengajian aku ke peringkat seterusnya.. i mean master la.. erkk yang tu pun no komen jugak. aku bukan tak nak sambung, aku nak sangat2 tapi aku masih lagi mencari hala tuju aku. kalau aku nak sambung aku nak cari perkara yang betul2 aku minat. rasanya aku tak akan sambung dalam bidang statistic kot. hampir 5tahun aku berada dalam bidang tu. terdetik jugak la rasa bosan tu. nampak sangat aku tak minat kan! hahaha. apa nak jadi la dengan aku ni kan.

sometimes it's fun but sometimes it's bored! so what should i do.. errr macam mana la dunia pekerjaan aku nantikan.. we'll see!

ok daa..;>)
love...peace

Sunday, December 9, 2012

duniaku sekarang

tiba-tiba rasa rajin pulak jari aku nak menaip. waktu sekarang ni orang dk sibuk tengok bola Malaysia vs Thailand.. tapi aku terpaksa menatap segala ilmu2 yg ada depan aku ni.. xkmana pun klau xtgk bola tu kan..last2 dpt tahu jugak result bola tu mcm mna. tapi kalau aku buat xheran dgn ilmu2 yg ada depan mata ni mmg bye2 la hidup aku. test entah kmna projek ntah kmana assignment bagai + final exam yg tggl lg bbrapa hari je xsampai sbulan je lagi.

aaaaaa aku rasa nak stop je masa n nk habiskan semua kerja2 dlm waktu yg dberhentikan tu! bulan december 2012 ni adalah bulan yg paling paling paling busy.......... aku tak tahu nak cakap mcm mna lg dah. mmg sibuk sesangat.

programming
individual project submit 2jan2013
group project submit 2jan2013
test 2 14dec
assignment 4 submit 10dec

dna
project submit 14dec
assignment 5 submit 13dec
test 2 13dec

regression
assignment submit 10dec
test 2 13dec

insurance
assignment submit 12dec
test1 12dec
test2 maybe 19dec

jepun
individual oral 14dec
shooting video 11dec
video + report submit 18dec

nasib baik lah untuk subject presentataion skill aku dah settle semua skali.. 2nd presentation pun dh settle and outline pun dh submit! wahh subject tu je yg aku dah tarik nafas lega.
tapi subject lain?? haiiisshh masih menanti. harap2 lah d permudahkan untuk menyiapkan kesemuanya.

after final nanti aku kena cari jugak masa utk p HOLIDAY!! otak aku sekarang ni dah berpusing 360 degree daa... so aku kena p perbetulkan semula..ngeeee.. xsabarnya nak menarik nafas dengan tenang n selesa!

ok daaa.. i'll be back! ;>)
#doakan eiey untuk menghadapi semua ini ye!
love...peace

Tuesday, October 30, 2012

semuanya kerana DUIT

kerana duit
manusia merasakan dirinya kerdil
manusia merasakan dirinya hebat
membuatkan manusia terkurung
membuatkan manusia bebas
mulut manusia terkunci rapat
mulut manusia terbuka luas

kerana duit
berlakunya perselisihan 
berlakunya persengketaan
berlakunya perceraian
berlakunya pergaduhan
berlakunya peperangan

kerana duit
kuli vs majikan
kawan vs kawan
saudara vs saudara
abang vs adik
ibu vs bapa
ibubapa vs anak






Tuesday, September 25, 2012

KHAS UNTUK SI CANTIK MANIS

SeLaMaT HaRi LaHiR!!!


haaa mesti tertunggu-tunggu sms or call dari aku kan?
tersangat la tipu kalau kata TIDAK..hahaha

memang aku sengaja pun...jangan marah ye darlim.hehe ;D

ni aku buat entry khas untuk si cantik manis 

MEERA FAZA BT MOHD RAIS..

akhirnya sudah menjangkau umur kamu ye.. errr don't worry aku tak hebahkan umur berapa tapi yang pasti kamu tetap muda dari aku! haisshh


# COUNT YOUR LIFE BY SMILES, NOT TEARS
# COUNT YOUR AGES BY FRIENDS, NOT YEARS

# YOU ARE NOT GETTING OLDER BUT YOU ARE GETTING BETTER
# MAY THIS YEAR BRING WITH ALL THE SUCCESS WITH IT ALL THE SUCCESS AND         FULFILLMENT YOUR HEART DESIRES.

HERE MY PRESENT TO YOU..VERY SPECIAL OKEY ****


LET'S FLY AS HIGH AS YOU CAN
AND GIVE UP ON THE STRESSFUL LIFE...

HEHEHAHAHUHUHOHOHIHI

LOVE XOXO


#*# sorry yerr aku curi gambar tu..hehe;D

Sunday, September 16, 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!



ANNYEONGHASEYO!



A SIMPLE GIVEAWAY FROM MR EQBAL ZACK

LET'S GRAB THIS OPPURTUNITY ;>)


PRIZE DETAILS:

PRIZE x 5
Winners will receive book "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)
**Books will be signed by the author. Thank you Liyana Zahim

PRIZE x 10
Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

PRIZE x 10
Winners will receive EZ Button (Limited Edition)

Saturday, September 15, 2012

PROTON-->SUZUKI-->MAZDA

wahhh daebak! hanya kerana 3 kenderaan berbeza ni sudah mampu membuatkan jalan JEM yang teramat. almost 5 to 6 kilometres maybe..

kemalangan yg berlaku di laluan pertama dari empat laluan tetapi menyebabkan jalan jem kepada lapan laluan! mana tak nya masyarakat Malaysia ni memang perihatin sangat tambah2 berlaku kemalangan sebegini. tapi masalahnya sekarang ni kebanyakannya hanya prihatin dengan sekadar melihat je bukannya nak tolong selesaikan masalah tapi menambahkan masalah kesesakan jalan raya.

kemalangan tu tak ada lah teruk sangat tapi yang teruknya aku kasihankan pemilik kereta proton tu mana taknya kereta kat depan proton tu semua mewah2. kt depan proton tu suzuki pastu depan suzuki tu pulak mazda. tak ke naya si proton nak bayar ganti rugi mazda yang rosak teruk kat belakang tu. tapi aku tak tahu la salah siapa kan. harap-harap diorang dapat settle problem tu secara baik.

so peringatan kepada kita as user in the road, jgn la terlalu follow dekat sangat dengan kereta hadapan and if nak tukar haluan  silalah bagi signal tu, bukannya kena bayar pun nak bagi signal tu kan.. so ingatan untuk sesama sendiri ye..

Sunday, September 9, 2012

SOMBONGNYA BUDAK NI

manusia: hai..salam perkenalan
me: wa'slm.siapa ya?
manusia: tak kenal ke?
me: siapa?
manusia: entah.saya pun tak kenal awak dan sebab itu saya nak berkenalan dengan awak.
me: ok maaf terima kasih. tapi saya tak sudi.
manusia : SOMBONGNYA BUDAK NIII

patut ke cakap aku sombong hanya kerana aku tak nak berkenalan dengan manusia mana entah yang aku tak pernah kenal (maybe). at least kalau kau berterus terang kau tu siapa and dari mana dapat nombor aku dengan tiba-tiba sms aku sebegitu kemungkinan aku boleh pertimbangkan. but SERIOUSLY aku nak cakap yang aku amat tak suka dengan orang yang entah siapa yang sms aku sebegitu dan PALIING aku tak suka bila orang tak bagitau nama. kenapa? susah sangat ke nak bagitahu nama kau? kasihan kt parents kau susah2 pilih nama kau tapi kau tak nak bagitahu.

aku tahu mungkin dari pandangan sesetengah orang fikir perkara macam ni punya remeh pun nak dijadikan masalah ke? ok kalau setakat terkena sekali sahaja acceptable lagi but bila kena lebih daripada itu? korang tak bengang ke? sesuka hati je sms nk kenal la itu la ini la..

KALAU sejujur seikhlas hati kau nak berkenalan, aku persilakan kau datang berdepan dengan aku. kalau setakat melalui handphone harap maaf lah ye.aku dah cukup bengang dengan perangai orang sebegitu. NAMPAK sangat kau hanya nak main2 if berkelakuan sebegitu.

#inipersepsiakukalautaksukaakutakkisahtapiakumemangkisahdengansebegini

Sunday, July 29, 2012

SUBHANALLAH RINDUNYA


sesungguhnya eiey teramat rindu untuk menjejakkan kaki ke sana. alhamdulillah eiey pernah diberi peluang oleh Maha Pencipta sebagai tetamuNya. eiey mengharapkan ada lagi peluang untuk eiey ke sana.


masih terbayang lagi dalam ingatan sewaktu pertama kali menatap keindahan Kaabah. sungguh tak terkata. bersyukur kepadaNya. betapa gembira dan bahagianya berada di sana. tiada apa yang perlu difikirkan melainkan beribadat kepadaNya. 


ALLAHUAKHBAR.

Saturday, July 28, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

alhamdulillah cukup seminggu berpuasa.. maaf la eiey terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.


sepanjang bulan rahmat ni solat terawih alhamdulillah masih terjaga lagi dan insyaAllah sampai ke penghujungnya. 


semoga ramadhan tahun ini membawa rahmat kepada kita. eiey mendoakan kita sebagai umat Islam ni berusaha membuat ibadat dan mendekati Pencipta kita. ingatlah cinta yang paling agung adalah cinta kepadaNYA..


Thursday, July 19, 2012

NAK LETAK TAJUK APA?

haloo haloo.. dah lama kan eiey tak berkongsi kisah suka dan duka.. sejak beberapa hari ni eiey tengok ramai je dk usha sini..rindu eh? hahaha..yelaa eiey pun rindu korang taw. tapi almaklumlah tak berkesempatan nk mengarang kat sini. kalau ikutkan hari-hari eiey nak menghadap je bloggie ni.

ok sekarang ni eiey berada kat perlis. baru je petang tadi balik dari langkawi setelah 3hari 2malam bercuti dengan melepaskan segala tekanan di sana..he~he~

esok pagi akan bertolak balik kelantan.yipiee!

Ramadhan pun tinggal 2hari lagi. wah! cepatkan masa berlalu.

ok la. hari ni tak nak cite banyak-banyak. oh yea! nanti eiey uploadkan gambar trip to langkawi. ;>)

Wednesday, May 30, 2012

PENJAGAAN HATI


pernah tak terfikir tentang hati kita? hati ini terlalu lembut serta halus. hati mudah tersentuh dan juga tepengaruh dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.  hati juga mengawal pemikiran seseorang dalam kehidupan. tapi sedarkah kita bahawa hati itu bersih atau sebaliknya? kadang-kadang kita leka dalam menjaganya sehingga menyebabkan kita jauh ketinggalan sebagai hamba ALLAH S.W.T.
dewasa ini kita sering merasakan untuk disayangi dikasihi serta dicintai tapi adakah hati kita itu terletak pada jalan yang benar? bagaimana hati kita terhadap pencipta kita Yang Maha ESA? setinggi manakah kita meletakkanNya dalam hati kita? sebanyak mana kita ingatkanNya? seagung mana cinta kita padaNya? seberapa banyak kita berzikir mengingatiNya? 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda

“ Ketahuilah bahawa di dalam satu jasad itu terdapat segumpal darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati”.
terdapat pelbagai jenis hati dalam diri kita sebagai khalifah di muka bumi ini. tapi pernahkah terdetik di sanubari kita untuk mengetahui serta mempelajarinya?
jenis-jenis hati
  • hati yang sihat
  • hati yang mati
  • hati yang sakit
cara pendidikan hati menurut islam
  • mengenal Allah S.W.T dan menyintaiNYA
  • menuntut ilmu
  • al-khauf
  • sentiasa mengingati Allah
  • sentiasa mengingati mati dan pendek angan-angan
  • amar ma'ruf nahi mungkar dan jihad
  • iman dan amal
dengan terjaganya hati kita, insyaAllah dengan izinNya kita dapat melahirkan sifat mahmudah dan menghindari sifat mazmumah.

rujukan dari blog al-khattab. untuk pengetahuan selebihnya sila ke sini.



Friday, May 18, 2012

MEMBANTU SAHABAT DIKATAKAN PENIPU KE?



kenapa lah sibuk sangat dengan masalah orang lain?
masalah diri sendiri pun tak terjaga
tapi hati, jiwa, jasad ni tak pernah terniat nak menyibok hal mereka
apa lah dosa sampai dikatakan kaki penipu..
niat ikhlas nak tolong sahabat dari diganggu oleh manusia 'psycho'
tapi diri ini pulak yang dikatakan penipu..
nasib badan la eiey...

manusia bersifat 'psycho' ni memang perangai suka menyalahkan orang lain eh???
suka melibatkan orang lain dalam masalah mereka eh???
suka menyusahkan serta menggangu hidup orang yang tak berkaitan dengan masalah dia eh???

boleh tak eiey nak kata yang sebenarnya 
orang 'psycho' ni la KAKI PENIPU!!!

*tolong berhati-hati jika anda berkenalan dengan manusia sebegini

Thursday, May 17, 2012

SEKADAR UCAPAN TERIMA KASIH

macam tahu je eiey tengah rindu keluarga besar ini
terima kasih kerana sudi ajak eiey keluar bersama korang malam ini
walaupun sekejap tapi cukup untuk melepaskan rindu dengan menatap wajah-wajah kalian walaupun hanya beberapa orang je yang hadir.
memang nampak eiey ni pendiam tapi sebenarnya dalam hati betapa gembiranya dapat bertemu dengan mereka.
#errr hakikatnya eiey segan dengan mereka sebab mereka senior eiey..hehehe
eiey tahu eiey tak sehebat kalian tapi eiey kagum, and respect kalian sebagai komander.
eiey rasa bertuah kerana dapat menjadi anggota keluarga komander Kesatria.
* sekali menjadi komander selamanya komander- akan ku ingat kata-kata itu sampai akhir hayatku.
arigato gozaimasu~

^;^ oh yaa sejuta ucapan tahniah eiey tujukan kepada junior2 komander kesatria uitm kelantan kerana berjaya menghabiskan event kawad selama 24 jam tanpa henti bertempat di UiTM Perlis bersempena Ulangtahun Keputeraan ke-69 DYMM Tuanku Raja Perlis pada 13 dan 14 Mei sejurusnya mencatatkan  book of record.. pecah kepale!!! gua kagum sama lu olangg la.. jeles seyh..haha. thumb kiss to you guys!