Wednesday, May 30, 2012

PENJAGAAN HATI


pernah tak terfikir tentang hati kita? hati ini terlalu lembut serta halus. hati mudah tersentuh dan juga tepengaruh dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.  hati juga mengawal pemikiran seseorang dalam kehidupan. tapi sedarkah kita bahawa hati itu bersih atau sebaliknya? kadang-kadang kita leka dalam menjaganya sehingga menyebabkan kita jauh ketinggalan sebagai hamba ALLAH S.W.T.
dewasa ini kita sering merasakan untuk disayangi dikasihi serta dicintai tapi adakah hati kita itu terletak pada jalan yang benar? bagaimana hati kita terhadap pencipta kita Yang Maha ESA? setinggi manakah kita meletakkanNya dalam hati kita? sebanyak mana kita ingatkanNya? seagung mana cinta kita padaNya? seberapa banyak kita berzikir mengingatiNya? 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda

“ Ketahuilah bahawa di dalam satu jasad itu terdapat segumpal darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati”.
terdapat pelbagai jenis hati dalam diri kita sebagai khalifah di muka bumi ini. tapi pernahkah terdetik di sanubari kita untuk mengetahui serta mempelajarinya?
jenis-jenis hati
  • hati yang sihat
  • hati yang mati
  • hati yang sakit
cara pendidikan hati menurut islam
  • mengenal Allah S.W.T dan menyintaiNYA
  • menuntut ilmu
  • al-khauf
  • sentiasa mengingati Allah
  • sentiasa mengingati mati dan pendek angan-angan
  • amar ma'ruf nahi mungkar dan jihad
  • iman dan amal
dengan terjaganya hati kita, insyaAllah dengan izinNya kita dapat melahirkan sifat mahmudah dan menghindari sifat mazmumah.

rujukan dari blog al-khattab. untuk pengetahuan selebihnya sila ke sini.



Friday, May 18, 2012

MEMBANTU SAHABAT DIKATAKAN PENIPU KE?



kenapa lah sibuk sangat dengan masalah orang lain?
masalah diri sendiri pun tak terjaga
tapi hati, jiwa, jasad ni tak pernah terniat nak menyibok hal mereka
apa lah dosa sampai dikatakan kaki penipu..
niat ikhlas nak tolong sahabat dari diganggu oleh manusia 'psycho'
tapi diri ini pulak yang dikatakan penipu..
nasib badan la eiey...

manusia bersifat 'psycho' ni memang perangai suka menyalahkan orang lain eh???
suka melibatkan orang lain dalam masalah mereka eh???
suka menyusahkan serta menggangu hidup orang yang tak berkaitan dengan masalah dia eh???

boleh tak eiey nak kata yang sebenarnya 
orang 'psycho' ni la KAKI PENIPU!!!

*tolong berhati-hati jika anda berkenalan dengan manusia sebegini

Thursday, May 17, 2012

SEKADAR UCAPAN TERIMA KASIH

macam tahu je eiey tengah rindu keluarga besar ini
terima kasih kerana sudi ajak eiey keluar bersama korang malam ini
walaupun sekejap tapi cukup untuk melepaskan rindu dengan menatap wajah-wajah kalian walaupun hanya beberapa orang je yang hadir.
memang nampak eiey ni pendiam tapi sebenarnya dalam hati betapa gembiranya dapat bertemu dengan mereka.
#errr hakikatnya eiey segan dengan mereka sebab mereka senior eiey..hehehe
eiey tahu eiey tak sehebat kalian tapi eiey kagum, and respect kalian sebagai komander.
eiey rasa bertuah kerana dapat menjadi anggota keluarga komander Kesatria.
* sekali menjadi komander selamanya komander- akan ku ingat kata-kata itu sampai akhir hayatku.
arigato gozaimasu~

^;^ oh yaa sejuta ucapan tahniah eiey tujukan kepada junior2 komander kesatria uitm kelantan kerana berjaya menghabiskan event kawad selama 24 jam tanpa henti bertempat di UiTM Perlis bersempena Ulangtahun Keputeraan ke-69 DYMM Tuanku Raja Perlis pada 13 dan 14 Mei sejurusnya mencatatkan  book of record.. pecah kepale!!! gua kagum sama lu olangg la.. jeles seyh..haha. thumb kiss to you guys!