Tuesday, February 26, 2013

RANCAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t

nak menulis tapi tak tahu apa yang nak diperkatakan. sekarang ni berada dalam musim tengkujuh yang tak tahu kali keberapa yang dialami. kalau keluar rumah waktu sekarang ni yang menunjukkan 0022 air sudah semakin menghampiri separuh jalan di lorong rumah ini. petang tadi terlihat pelajar-pelajar tahfiz yang teguh berada di hadapan rumah ni sedang bermain bola di dalam keadaan banjir. suka sangat tengok keadaan mereka. bahagia, gembira serta ceria terserlah di wajah mereka walaupun keadaan dalam keadaan sedemikian. dan bila jam menunjukkan 0700 mereka berhenti bermain dan berpusu-pusu beratur menunggu giliran untuk mandi. dapat dilihat dengan jelas disebabkan bilik air terletak diluar asrama. bila azan maghrib berkumandang, mereka bergegas ke ruang dewan yang boleh diperkatakan sebagai surau untuk menunaikan solat berjemaah. kadang-kadang ada di antara mereka akan ke surau yang berada di kawasan perumahan dan juga masjid besar bandar ini. 

cukup kagum dan bangga melihat mereka walaupun berjauhan dengan keluarga tapi mereka sanggup hadapinya untuk kejar ilmu di dunia serta akhirat. bagaimana pula dengan kita? cukupkah solat lima waktu itu?bila azan berkumandang, apa yang kita lakukan?adakah kita terus tunaikan kewajipan itu? 

sekadar memperingati untuk hamba-hamba Allah s.w..t.

#nasihat untuk diri sendiri.

Saturday, February 16, 2013

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum w.b.t

Now i'm officially 23rd years old! 

First of all eiey bersyukur dan berterima kasih sangat kepada umi dan abah kerana telah membesarkan serta mendidik eiey sehingga menjadi diri eiey sekarang.
 Abah yang banyak berusaha membanting tulang tanpa penat lelah mencari rezeki untuk memberi kesenangan kepada anak-anaknya. walau apapun yang berlaku eiey tetap sayang abah sampai mati. tiada abah tiadalah eiey hari ini.
Umi yang cukup tabah dan sabar melayan karenah anak-anak cukup mengkagumi diri eiey dalam melayari hari-hari kehidupan yang semakin mencabar dan menguji keimanan. eiey pun tetap sayang umi sampai mati. umi jantung hati eiey.

oh yaa! 15 februari 2013 ini hari yang cukup bermakna bagi eiey bukan hanya disebabkan hari kelahiran eiey tetapi hari dimana eiey berjaya memberikan satu hadiah untuk diri sendiri yang cukup bermakna dalam hidup eiey. walaupun sedikit tersasar daripada apa yang diharapkan tapi eiey tetap bersyukur kehadarat ILLAHI kerana memberi peluang untuk eiey memberi hadiah sebegitu kepada diri sendiri.

perkara yang paling indah dalam hidup adalah apabila kita berjaya menghadiahkan diri kita dengan sesuatu yang cukup berharga demi dunia dan akhirat. dan eiey akan terus berusaha untuk mengecapinya.

salam sayang, C.E