Saturday, December 22, 2012

today

Almost done! 1 project in process and another one still in queuing. sabar sabar ye che eiey..

entah berapa hari daa jadi part-time keje dengan encik kelawar and sekutu dengannya.. tapi tak mengapa sebab zaman menjadi seorang pelajar ni la boleh merasa semua ni. after habis belajar and menemui alam pekerjaan nanti memang jangan harap la nak buat keje2 gila macam ni. confirm balik je dari keje nanti terus kiok atas tilam empuk tu..tak gitu?

hurm.. seminggu lagi nak final exam. pejam celik semester 5 semakin menemui jalan penghujungnya. and beberapa hari je lagi umur ni nak berubah! erkk... tapi perangai still entah pape..hehee

at this time sedang bertungkus lumus untuk group project sas programming.. yiepiee done my part. just tunggu kawan2 siapkan part diorang. siap keje cepat boleh balik cepat. tak sabar nak jumpa my family!

ok daa...
love..peace


Sunday, December 16, 2012

semangatku

DON'T GIVE UP UNTIL THE LAST BUZEN SOUND

*i forgot who said this.. But I hold this word from high school until now..  ;D

love..peace

Saturday, December 15, 2012

REGRESSION BUAT AKU STRESS

Haa! Can I make a title like that?? People who are in regression course pleased don't mad me yeah! hahaha

Seriously! aku rasa stress sangat-sangat untuk run data regression NIH. My lec ask to do the enter and not the stepwise for our model. Run punya run aku tak tahu berapa Kali dah aku tukar data and run semula untuk set-up data tu. Almost 5 hours I'm dating with the data and spss. naik juling aku tengok laptop aku nih.

Finally, after 5hours, I still do not find what I want. Give up? Ha-ha of course la. But just for a while Okeh. Tomorrow I will spend all the day to date with the regression. So, orang lain please jangan ganggu aku bole? hahaha.. tapi aku yang akan ganggu korang utk b'tnya soalan.. 

tapi kan.. sekejap tadi aku dpt msg mngatakan lec aku tu guna je stepwise..so! aku tak paham sangat2 dia nak kitorang guna stepwise or enter..adoyaiii.. huihh ape2 je lah. asalkan aku mencuba untuk mencari apa yang dikehendaki tu. 

*kau kalau tak nak tolong aku please duduk diam2 okeh! errr aku tak maksudkan korang tapi aku maksudkan 'dia'.

ok daa...
Love.. peace


Wednesday, December 12, 2012

SEJUTA PERSOALAN

semalam dari pagi hingga petang aku jadi videographer.. sehingga kan perut aku pun terpaksa diikat semata2 nak habiskan shoot for video Jepun tu..ok itu tak kisah sangat la. macam la semalam je aku tahan lapar tu..ngeee ;) wahhh boleh kurus aku kalam macam ni hari2.. makan pun sekali sehari je.

tapi malangnya bila tiba je scene aku berlakon, battery camera tu kiok pulak daaaaaah. ingatkan boleh la nk settle semuanya tapi terpaksa ditunda hari lain pulak dah. terpaksa la.. urmm but ok laaa dr 7scene tu tinggal 2scene je lagi yang tak settle.

around 4pm baru la perut aku ni diisi..boleh pulak menguap waktu nak makan..haishh tak senonoh betul perangai aku ni kan..hahaha..penat yang melampau lerr tuu. balik je kolej terus tidur sehinggakan roomate kejutkan pun still tak sedarkan diri..ish ish ish bertuah punya budak..

malam tu pulak my umi kesayangan call.. wahh rasa lama sangat dah tak berbual panjang...weee macam2 cerita keluar even still penat.. borak punya borak tup tup keluar cite pasal kawen pulak dah! lagi sekali aku dipersoalkan dengan soalan itu! ah! no komen.hahaha. my umi told yang aku perlu sambung pengajian aku ke peringkat seterusnya.. i mean master la.. erkk yang tu pun no komen jugak. aku bukan tak nak sambung, aku nak sangat2 tapi aku masih lagi mencari hala tuju aku. kalau aku nak sambung aku nak cari perkara yang betul2 aku minat. rasanya aku tak akan sambung dalam bidang statistic kot. hampir 5tahun aku berada dalam bidang tu. terdetik jugak la rasa bosan tu. nampak sangat aku tak minat kan! hahaha. apa nak jadi la dengan aku ni kan.

sometimes it's fun but sometimes it's bored! so what should i do.. errr macam mana la dunia pekerjaan aku nantikan.. we'll see!

ok daa..;>)
love...peace

Sunday, December 9, 2012

duniaku sekarang

tiba-tiba rasa rajin pulak jari aku nak menaip. waktu sekarang ni orang dk sibuk tengok bola Malaysia vs Thailand.. tapi aku terpaksa menatap segala ilmu2 yg ada depan aku ni.. xkmana pun klau xtgk bola tu kan..last2 dpt tahu jugak result bola tu mcm mna. tapi kalau aku buat xheran dgn ilmu2 yg ada depan mata ni mmg bye2 la hidup aku. test entah kmna projek ntah kmana assignment bagai + final exam yg tggl lg bbrapa hari je xsampai sbulan je lagi.

aaaaaa aku rasa nak stop je masa n nk habiskan semua kerja2 dlm waktu yg dberhentikan tu! bulan december 2012 ni adalah bulan yg paling paling paling busy.......... aku tak tahu nak cakap mcm mna lg dah. mmg sibuk sesangat.

programming
individual project submit 2jan2013
group project submit 2jan2013
test 2 14dec
assignment 4 submit 10dec

dna
project submit 14dec
assignment 5 submit 13dec
test 2 13dec

regression
assignment submit 10dec
test 2 13dec

insurance
assignment submit 12dec
test1 12dec
test2 maybe 19dec

jepun
individual oral 14dec
shooting video 11dec
video + report submit 18dec

nasib baik lah untuk subject presentataion skill aku dah settle semua skali.. 2nd presentation pun dh settle and outline pun dh submit! wahh subject tu je yg aku dah tarik nafas lega.
tapi subject lain?? haiiisshh masih menanti. harap2 lah d permudahkan untuk menyiapkan kesemuanya.

after final nanti aku kena cari jugak masa utk p HOLIDAY!! otak aku sekarang ni dah berpusing 360 degree daa... so aku kena p perbetulkan semula..ngeeee.. xsabarnya nak menarik nafas dengan tenang n selesa!

ok daaa.. i'll be back! ;>)
#doakan eiey untuk menghadapi semua ini ye!
love...peace

Tuesday, October 30, 2012

semuanya kerana DUIT

kerana duit
manusia merasakan dirinya kerdil
manusia merasakan dirinya hebat
membuatkan manusia terkurung
membuatkan manusia bebas
mulut manusia terkunci rapat
mulut manusia terbuka luas

kerana duit
berlakunya perselisihan 
berlakunya persengketaan
berlakunya perceraian
berlakunya pergaduhan
berlakunya peperangan

kerana duit
kuli vs majikan
kawan vs kawan
saudara vs saudara
abang vs adik
ibu vs bapa
ibubapa vs anak






Tuesday, September 25, 2012

KHAS UNTUK SI CANTIK MANIS

SeLaMaT HaRi LaHiR!!!


haaa mesti tertunggu-tunggu sms or call dari aku kan?
tersangat la tipu kalau kata TIDAK..hahaha

memang aku sengaja pun...jangan marah ye darlim.hehe ;D

ni aku buat entry khas untuk si cantik manis 

MEERA FAZA BT MOHD RAIS..

akhirnya sudah menjangkau umur kamu ye.. errr don't worry aku tak hebahkan umur berapa tapi yang pasti kamu tetap muda dari aku! haisshh


# COUNT YOUR LIFE BY SMILES, NOT TEARS
# COUNT YOUR AGES BY FRIENDS, NOT YEARS

# YOU ARE NOT GETTING OLDER BUT YOU ARE GETTING BETTER
# MAY THIS YEAR BRING WITH ALL THE SUCCESS WITH IT ALL THE SUCCESS AND         FULFILLMENT YOUR HEART DESIRES.

HERE MY PRESENT TO YOU..VERY SPECIAL OKEY ****


LET'S FLY AS HIGH AS YOU CAN
AND GIVE UP ON THE STRESSFUL LIFE...

HEHEHAHAHUHUHOHOHIHI

LOVE XOXO


#*# sorry yerr aku curi gambar tu..hehe;D

Sunday, September 16, 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!



ANNYEONGHASEYO!



A SIMPLE GIVEAWAY FROM MR EQBAL ZACK

LET'S GRAB THIS OPPURTUNITY ;>)


PRIZE DETAILS:

PRIZE x 5
Winners will receive book "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)
**Books will be signed by the author. Thank you Liyana Zahim

PRIZE x 10
Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

PRIZE x 10
Winners will receive EZ Button (Limited Edition)

Saturday, September 15, 2012

PROTON-->SUZUKI-->MAZDA

wahhh daebak! hanya kerana 3 kenderaan berbeza ni sudah mampu membuatkan jalan JEM yang teramat. almost 5 to 6 kilometres maybe..

kemalangan yg berlaku di laluan pertama dari empat laluan tetapi menyebabkan jalan jem kepada lapan laluan! mana tak nya masyarakat Malaysia ni memang perihatin sangat tambah2 berlaku kemalangan sebegini. tapi masalahnya sekarang ni kebanyakannya hanya prihatin dengan sekadar melihat je bukannya nak tolong selesaikan masalah tapi menambahkan masalah kesesakan jalan raya.

kemalangan tu tak ada lah teruk sangat tapi yang teruknya aku kasihankan pemilik kereta proton tu mana taknya kereta kat depan proton tu semua mewah2. kt depan proton tu suzuki pastu depan suzuki tu pulak mazda. tak ke naya si proton nak bayar ganti rugi mazda yang rosak teruk kat belakang tu. tapi aku tak tahu la salah siapa kan. harap-harap diorang dapat settle problem tu secara baik.

so peringatan kepada kita as user in the road, jgn la terlalu follow dekat sangat dengan kereta hadapan and if nak tukar haluan  silalah bagi signal tu, bukannya kena bayar pun nak bagi signal tu kan.. so ingatan untuk sesama sendiri ye..

Sunday, September 9, 2012

SOMBONGNYA BUDAK NI

manusia: hai..salam perkenalan
me: wa'slm.siapa ya?
manusia: tak kenal ke?
me: siapa?
manusia: entah.saya pun tak kenal awak dan sebab itu saya nak berkenalan dengan awak.
me: ok maaf terima kasih. tapi saya tak sudi.
manusia : SOMBONGNYA BUDAK NIII

patut ke cakap aku sombong hanya kerana aku tak nak berkenalan dengan manusia mana entah yang aku tak pernah kenal (maybe). at least kalau kau berterus terang kau tu siapa and dari mana dapat nombor aku dengan tiba-tiba sms aku sebegitu kemungkinan aku boleh pertimbangkan. but SERIOUSLY aku nak cakap yang aku amat tak suka dengan orang yang entah siapa yang sms aku sebegitu dan PALIING aku tak suka bila orang tak bagitau nama. kenapa? susah sangat ke nak bagitahu nama kau? kasihan kt parents kau susah2 pilih nama kau tapi kau tak nak bagitahu.

aku tahu mungkin dari pandangan sesetengah orang fikir perkara macam ni punya remeh pun nak dijadikan masalah ke? ok kalau setakat terkena sekali sahaja acceptable lagi but bila kena lebih daripada itu? korang tak bengang ke? sesuka hati je sms nk kenal la itu la ini la..

KALAU sejujur seikhlas hati kau nak berkenalan, aku persilakan kau datang berdepan dengan aku. kalau setakat melalui handphone harap maaf lah ye.aku dah cukup bengang dengan perangai orang sebegitu. NAMPAK sangat kau hanya nak main2 if berkelakuan sebegitu.

#inipersepsiakukalautaksukaakutakkisahtapiakumemangkisahdengansebegini

Sunday, July 29, 2012

SUBHANALLAH RINDUNYA


sesungguhnya eiey teramat rindu untuk menjejakkan kaki ke sana. alhamdulillah eiey pernah diberi peluang oleh Maha Pencipta sebagai tetamuNya. eiey mengharapkan ada lagi peluang untuk eiey ke sana.


masih terbayang lagi dalam ingatan sewaktu pertama kali menatap keindahan Kaabah. sungguh tak terkata. bersyukur kepadaNya. betapa gembira dan bahagianya berada di sana. tiada apa yang perlu difikirkan melainkan beribadat kepadaNya. 


ALLAHUAKHBAR.

Saturday, July 28, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

alhamdulillah cukup seminggu berpuasa.. maaf la eiey terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.


sepanjang bulan rahmat ni solat terawih alhamdulillah masih terjaga lagi dan insyaAllah sampai ke penghujungnya. 


semoga ramadhan tahun ini membawa rahmat kepada kita. eiey mendoakan kita sebagai umat Islam ni berusaha membuat ibadat dan mendekati Pencipta kita. ingatlah cinta yang paling agung adalah cinta kepadaNYA..


Thursday, July 19, 2012

NAK LETAK TAJUK APA?

haloo haloo.. dah lama kan eiey tak berkongsi kisah suka dan duka.. sejak beberapa hari ni eiey tengok ramai je dk usha sini..rindu eh? hahaha..yelaa eiey pun rindu korang taw. tapi almaklumlah tak berkesempatan nk mengarang kat sini. kalau ikutkan hari-hari eiey nak menghadap je bloggie ni.

ok sekarang ni eiey berada kat perlis. baru je petang tadi balik dari langkawi setelah 3hari 2malam bercuti dengan melepaskan segala tekanan di sana..he~he~

esok pagi akan bertolak balik kelantan.yipiee!

Ramadhan pun tinggal 2hari lagi. wah! cepatkan masa berlalu.

ok la. hari ni tak nak cite banyak-banyak. oh yea! nanti eiey uploadkan gambar trip to langkawi. ;>)

Wednesday, May 30, 2012

PENJAGAAN HATI


pernah tak terfikir tentang hati kita? hati ini terlalu lembut serta halus. hati mudah tersentuh dan juga tepengaruh dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.  hati juga mengawal pemikiran seseorang dalam kehidupan. tapi sedarkah kita bahawa hati itu bersih atau sebaliknya? kadang-kadang kita leka dalam menjaganya sehingga menyebabkan kita jauh ketinggalan sebagai hamba ALLAH S.W.T.
dewasa ini kita sering merasakan untuk disayangi dikasihi serta dicintai tapi adakah hati kita itu terletak pada jalan yang benar? bagaimana hati kita terhadap pencipta kita Yang Maha ESA? setinggi manakah kita meletakkanNya dalam hati kita? sebanyak mana kita ingatkanNya? seagung mana cinta kita padaNya? seberapa banyak kita berzikir mengingatiNya? 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda

“ Ketahuilah bahawa di dalam satu jasad itu terdapat segumpal darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati”.
terdapat pelbagai jenis hati dalam diri kita sebagai khalifah di muka bumi ini. tapi pernahkah terdetik di sanubari kita untuk mengetahui serta mempelajarinya?
jenis-jenis hati
  • hati yang sihat
  • hati yang mati
  • hati yang sakit
cara pendidikan hati menurut islam
  • mengenal Allah S.W.T dan menyintaiNYA
  • menuntut ilmu
  • al-khauf
  • sentiasa mengingati Allah
  • sentiasa mengingati mati dan pendek angan-angan
  • amar ma'ruf nahi mungkar dan jihad
  • iman dan amal
dengan terjaganya hati kita, insyaAllah dengan izinNya kita dapat melahirkan sifat mahmudah dan menghindari sifat mazmumah.

rujukan dari blog al-khattab. untuk pengetahuan selebihnya sila ke sini.



Friday, May 18, 2012

MEMBANTU SAHABAT DIKATAKAN PENIPU KE?



kenapa lah sibuk sangat dengan masalah orang lain?
masalah diri sendiri pun tak terjaga
tapi hati, jiwa, jasad ni tak pernah terniat nak menyibok hal mereka
apa lah dosa sampai dikatakan kaki penipu..
niat ikhlas nak tolong sahabat dari diganggu oleh manusia 'psycho'
tapi diri ini pulak yang dikatakan penipu..
nasib badan la eiey...

manusia bersifat 'psycho' ni memang perangai suka menyalahkan orang lain eh???
suka melibatkan orang lain dalam masalah mereka eh???
suka menyusahkan serta menggangu hidup orang yang tak berkaitan dengan masalah dia eh???

boleh tak eiey nak kata yang sebenarnya 
orang 'psycho' ni la KAKI PENIPU!!!

*tolong berhati-hati jika anda berkenalan dengan manusia sebegini

Thursday, May 17, 2012

SEKADAR UCAPAN TERIMA KASIH

macam tahu je eiey tengah rindu keluarga besar ini
terima kasih kerana sudi ajak eiey keluar bersama korang malam ini
walaupun sekejap tapi cukup untuk melepaskan rindu dengan menatap wajah-wajah kalian walaupun hanya beberapa orang je yang hadir.
memang nampak eiey ni pendiam tapi sebenarnya dalam hati betapa gembiranya dapat bertemu dengan mereka.
#errr hakikatnya eiey segan dengan mereka sebab mereka senior eiey..hehehe
eiey tahu eiey tak sehebat kalian tapi eiey kagum, and respect kalian sebagai komander.
eiey rasa bertuah kerana dapat menjadi anggota keluarga komander Kesatria.
* sekali menjadi komander selamanya komander- akan ku ingat kata-kata itu sampai akhir hayatku.
arigato gozaimasu~

^;^ oh yaa sejuta ucapan tahniah eiey tujukan kepada junior2 komander kesatria uitm kelantan kerana berjaya menghabiskan event kawad selama 24 jam tanpa henti bertempat di UiTM Perlis bersempena Ulangtahun Keputeraan ke-69 DYMM Tuanku Raja Perlis pada 13 dan 14 Mei sejurusnya mencatatkan  book of record.. pecah kepale!!! gua kagum sama lu olangg la.. jeles seyh..haha. thumb kiss to you guys!

Friday, May 11, 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

eh eh belum habis lagi nak mengomel malam ni
tiba-tiba tergerak hati nak join segmen miss Z 


okieh untuk mereka yang pertama kali singgah ke blog eiey ni
dengar ni, eiey nok oyak

*blog ni more kepada stori mori kehidupan si gadis yang dikenali as EIEY
*terima kasih kepada awak yang cantik dan kepada awak juga si kacak kerana sudi merajinkan jari anda untuk klik ke blog ini.
*sejuta terima kasih juga kepada miss Z kerana memberi peluang kepada blogger macam eiey untuk join segmen ini.

jawapan untuk soalan miss Z dan awak si comel dan hensem;-
# KELANTAN (sayo banggo sungguh kalu sebut negeri kelate)
# 11 si jelita dan tampan 
(walaupun sikit je yang follow eiey, api semangat untuk bergelar seorang blogger masih  menyala)

*cik leha comel jom la join jugak ;)

Thursday, May 10, 2012

RM 300

haalooolaaa
ni blog eiey kan
so suka ati eiey la nak cerita apa pun kan
tettt tettt tettt 
ok fine.klau tak nak baca, eiey tak kisah pun
sebab kat sini la tempat eiey nak luahkan apa yang terpendam kat jiwa nih
kalau zaman study at machang dulu boleh la nak release tension at padang kawad..opppss terlepas sudaa..hehe
tapi sekarang tak kan nak release kat bilik ni pulak kan
nanti ada la pulak orang kata eiey histeria..huahuahua

ok sekarang apa cerita dengan RM300 tu?
katakan lah sekarang RM300 tu ada at tangan korang,
agak-agak la apa yang korang akan buat?
maybe bagi korang RM300 tu biasa je. 
(alaa setakat RM300 tu sekelip mata je boleh habis.apa nak difirkan sangat..haiyaa)


tapi bagi eiey TIDAK sebegitu..
harap maklum ye.
jumlah tu cukup berharga untuk eiey.
nak tahu kenapa?
sejumlah itulah yang eiey ada untuk survive bulan ini.
opppss bukan nak minta simpati okeh!
kalau nak bersimpati tolong simpati kepada mereka yang berada di belakang kita
bukan hanya sejumlah itu, tetapi secupak beras pun amat sukar untuk mereka miliki.

hurmm nak bagi tips sikit kepada mereka yang senasib dengan eiey ni (especially for student like me)...errrr bukan apa just nak kita sama-sama dapat survive dengan jayanya..(haihh tu dia dengan jaya tu... ;) )

dalam sebulan ada 4 minggu kan?
dalam seminggu ada 7 hari kan?
dalam sehari ada 24 jam kan?

so penyelesaiannya;-
sehari - rm 7
seminggu - rm 49
sebulan - rm 196

*breakfast -> segelas air kosong
*lunch -> nasi+air(apa-apa je)
*dinner -> roti/biskut/apa-apa je makanan ringan

balance - rm 104
* balance tu boleh la nak spend untuk transport, assignment, project or else.
*lagi bagus kalau spend masuk tabung yang selebihnya tu ;>)

so that's all for today!..heeee

oh ya!
the most important, must be positive!!!.

Wednesday, May 9, 2012

Segmen:Doodle Nama Saya Part 2


alamak semalam tak sempat  berada dalam 50 list.
haiyaa
tapi tak pe.. eiey xnak berputus asa! nak cuba lagi!!

nama: FARISYA
warna: MERAH

harap-harap kali ni dapat la doodle itu..cantik sangat!
eden nak lukis sendiri tak boleh sebab tahap kekreatifan serta melukis itu agak kurenggg..hehe

ok kali ini nak tag cik atyn and miss white pulak

nak jugak ke doodle itu??
meh klik sini

Monday, May 7, 2012

Doodle Nama Saya


salam sayang!
nak doodle itu!! ;>)
harap-harap la sempat lagi..
letak nama farisya tau!
pastu nak warna merah ok. hehe

sahabatku teha, ana jom dapatkan doodle!!

thanks to solehah sebab tag me yeah!;))

nak join??klik--->sini

sudah cukup sudah




Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu





Sunday, May 6, 2012

KELUARGA KESATRIA


miss them a lot~

KESATRIA
mengajar aku tentang erti kehidupan ;)

*rindu nak baring kat lereng bukit, padang kawad sambil tengok bintang
*rindu nak bagi hukuman kawad sambil lepaskan stress
*rindu nak berkawad di tengah panas dan dalam hujan
*rindu nak camping, aktiviti lasak
*rindu nak menghadap wajah-wajah pelatih
*rindu nak didenda 
*rindu nak tengok mereka bertukar riak muka dengan beberapa saat
*rindu nak dengar leteran mereka 
*rindu nak pakai uniform


SERIBU UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA KELUARGA KESATRIAKU KERANA MEMBERI SEJUTA SATU KENANGAN YANG CUKUP BERHARGA DALAM HIDUPKU.


perasaan bukan permainan

kenapa perlu wujud sekarang? aku tidak memerlukan perasaan itu. ya memang betul kata sahabatku, ia perkara biasa di peringkat umurku ini. tapi aku tidak perlukannya di saat ini! macam mana aku nak bagi perasaan itu pergi jauh dari hati aku ini? aku rasa tersiksa. aku tak mampu nak menanggungnya. aku cuba bertahan tapi aku tahu itu sekadar luaran sahaja.

i am sick of it!!!

eiey kecek ; semakin aku bertahan,terasa jiwa semakin pedih.

Sunday, April 29, 2012

surat kepada pilot

kepada encik pilot

mengharapkan flight delay

sehubungan dengan perkara di atas, saya berharap sangat encik pilot dapat melambatkan sesi penerbangan esok hari pada jam 11.20 a.m.. tapi kalau dah confirm delay, call la saya awal-awal ye. nanti tak ada la saya nak keluar rumah awal sangat..hehe

2. untuk pengetahuan encik pilot, saya masih tak dapat nak menenangkan otak fikiran dalam masa cuti seminggu ini. dan berkemungkinan jika encik pilot dapat delay kan penerbangan itu mungkin dalam tempoh delay berkenaan, saya dapat rehatkan otak fikiran saya secukupnya.

3. dengan ini saya berharap sangat encik pilot dapat memahami situasi ini. sebenarnya perasaan saya amat berat sekali untuk meninggalkan rumah.

encik pilot!ketahuilah betapa nikmatnya cuti.
sayang encik pilot always..gagagaga

tulus ikhlas dari pesakit homesick. ;>)


Friday, April 27, 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

yabedabeduuuu


jom join segmen abg ben
segmen ni berjalan sehingga jam 9 pm. so cepat! cepat!

oh ya kepada mereka yang cun + hencem tu bagitau je dengan sejujur dan ikhlas ye apa pendapat korang tentang blog ni. dan terima kasih kepada yang sudi berkongsi pendapat. ;>)



dari shah alam ke lcct

keindahan yang sukar ditemui. ;>)




tepat jam 2.30 pm. 6 pasang kaki melangkah meninggalkan bilik masing-masing menuju ke perhentian bas berdekatan dengan kolej. bas tiba 10 minit kemudian dan membawa para penumpang ke destinasi tertentu. setiba di destinasi seterusnya, menunggu selama 15 minit untuk ke destinasi seterusnya iaitu KL Sentral. ketika itu harga tiket untuk ke KL Sentral adalah RM2.50 dan disebabkan tiada duit secukupnya terpaksa membayar RM3.00 untuk tiket tersebut. setiba di KL Sentral, berpusu-pusu ke kaunter tambah nilai kad touch&go. masing-masing menambah nilai dengan kehendak sendiri. setelah selesai dengan tugas tersebut beberapa pasang kaki melangkah ke McD untuk mengisi perut yang berkeroncong pelbagai muzik itu. kemudian menuju ke kaunter KLIA transit dan di situ, pekerja di kaunter itu mengatakan kad touch&go boleh digunakan jika baki kad sekurang-kurangnya sebanyak RM35.00. malangnya baki yang dikehendaki itu tidak mencapai piawaian yang diperkatakan oleh pekerja itu. membeli tiket secara manual adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk saat itu. setelah selesai dengan pembelian tiket itu, terjumpa dengan seorang makcik dan 3 buah bagasinya. makcik itu mengatakan bahawa dia ingin ke KLIA dan sedang menunggu orang membawa troli untuk angkut bagasi-bagasinya itu tapi malangnya orang yang dinantikan itu tidak muncul. tanpa berfikir panjang    bagasi-bagasi itu bertukar tangan sehingga ke dalam ERL. 

sebelum memasuki ke dalam ERL, makcik itu terlupa dimana letak tiketnya. setelah 3minit selongkar beg tangan dan alhamdulillah akhirnya jumpa juga dan pada waktu itu juga terdengar pengumuman bahawa ERL akan mula bertolak dalam masa 3minit. dengan perasaan yang gundah gulana, semua bergegas menuju ke ERL tersebut. dan sekali lagi alhamdulillah semuanya selamat. pertama kali menaiki ERL, perasaan kagum menguasai diri masing-masing. semuanya tak lekang dengan senyuman serta ketawa walaupun sudah separuh kepenatan. kemudian tiba ke destinasi seterusnya, PUTRAJAYA setelah hampir setengah jam berada di dalam ERL. seterusnya dibawa ke fasa 7 presint 9 yang dikenali sebagai blok pensel. cukup menarik dengan reka bentuk bangunan tersebut. setibanya jam 6.15 pm, dibawa pula bersiar-siar di kawasan putrajaya di mana tempat yang sentiasa ramai pengunjung. amat kagum dengan keindahan yang dipaparkan. paling menyeronokkan bila dapat melihat matahari terbenam di sebalik tasik di presint 2 dimana tempat terletaknya monumen yang cukup dikenali sebagai Monumen Alaf Baru yang merupakan mercu tanda negara dengan memiliki ketinggian 68meter. disitu lah terletaknya kapsul masa yang merupakan perutusan khas yang perlu dibaca pada tahun 2020 nanti. amat kagum bukan?. setelah penat bersiar-siar, kembali semula ke bangunan pensel yang unik itu. sekitar jam 8.45 pm sehingga 10.30 pm, disaksikan pula dengan perlawanan bola sepak antara kedah vs kelantan dengan keputusan seri 1-1. kemudian tepat jam 11 pm, dihantar semula ke putrajaya station untuk menaiki ERL ke Salak Tinggi. 

setiba di sana, kaunter tiket telah pun ditutup dan terpaksa membeli tiket melalui machine dan ketika itu juga seorang pegawai keselamatan mengatakan tiket bas untuk ke LCCT boleh dibeli di stesen yang berikutnya. sekali lagi pada waktu itu juga kedengaran pengumuman ERL akan bertolak dalam masa 2minit lagi. setiba dihadapan ERL, 2pasang kaki tersalah masuk ke gerabak barang yang membuatkan tercetus hilai tawa tanpa henti sehingga ke destinasi seterusnya. tidak dinafikan perkara sebegitu akan berlaku bila berada dalam keadaan yang kelam kabut. beberapa minit sebelum tiba ke destinasi seterusnya, diperdengarkan pula dengan pengumuman mengatakan tiket bas untuk ke LCCT tidak berasingan dimana berkemungkinan pembelian tiket bas sekali dengan tiket ERL. masing-masing sudah merasa cuak dengan suara itu. setibanya di stesen Salak Tinggi, dipertemukan dengan seorang pekerja yang teramat perlahan suaranya sehinggakan pelbagai tafsiran diperkatakan bagi memahami apa yang diperkatakan oleh pekerja tersebut. pangkal tarikh yang terpapar di screen machine pembayaran tiket dikatakan harga tiket dan tidak dilupakan juga dengan masa yang turut diperkatakan sedemikian. setelah selesai dengan hal-hal pembelian tiket bas ke LCCT, melangkah kaki menaiki bas untuk ke destinasi kemuncak. sebelum tiba ke destinasi yang dituju, bas yang dinaiki berhenti di perhentian bas di tepi jalan bagi menurunkan beberapa penumpang Mat Saleh untuk mereka kembali ke hotel penginapan mereka. dengan perasaan yang tidak bersalah, blur, dan tidak tahu apa-apa, 6 pasang kaki ini turut melangkah turun dari bas sambil meminta pemandu bas mengeluarkan beg yang tersimpan di tempat letak beg. dengan selamba pemandu itu mengeluarkan suara marah dengan bertanyakan kemana hala tuju sebenar dan memberitahu bahawa tempat itu bukan perhentian LCCT. agak tebal muka disitu kan?. 5minit kemudian, semua mengatakan 'ooo kat sini ke sepatutnya kita turun?' dan setibanya di sana, berakhirlah perjalanan kami yang bermula dari s.alam ke lcct. agak jakun di situ kan? siapakah kami a.k.a 6pasang kaki itu? trang tang tang tang....



di hadapan blok pensel, putrajaya


riang ria bersama ras, raja, lina, farah dan ilah
(inilah 6 pasang kaki..err sepasang lagi tu aku la..hehe)


Monumen Alaf Baru 
 unik kan..


sempat melihat matahari terbenam..serius cantik sangat


ini bukan keretapi biasa tapi ERL okeh..haha dengan bangganya.
err siapakan 2 pasang kaki yang tersalah masuk gerabak itu?
-biarlah rahsia-


 (oh kawan-kawan sekalian alam maaf la yerk, aku bukan pandai sangat nak berkarya bagai nih..hahaha)


eiey kecek ; berdasarkan kisah benar di hari kejadian pada 22 april 2012. ;))

Tuesday, March 20, 2012

a few words



eiey kecek ; mengharapkan apa yang aku pilih itu adalah terbaik untukku

Sunday, March 18, 2012

saya nak awak hensem macam ni

khas untuk jodoh ku.


eiey kecek ; saya sentiasa mendoakan jodoh saya berada dalam keadaan baik-baik serta sentiasa beriman kepadaNYA. harap jodoh saya pun sentiasa mendoakan kesejahteraan saya.

Thursday, March 15, 2012

favourite song dari dulu sampai sekarang

All My Life - K Ci & Jojo


Baby, baby, baby, baby, baby
Baby, baby, baby, baby, baby
Baby, Ooh, I'm so glad


I will never find another lover
Sweeter than you, sweeter than you
And I will never find another lover
More precious than you
More precious than you


Girl you are
Close to me, you're like my mother
Close to me, you're like my father
Close to me, you're like my sister
Close to me, you're like my brother
You are the only one, you're my everything
And for you this song I sing, and


All my life
I prayed for someone like you
And I thank God that I
That I finally found you, baby


All my life
I prayed for someone like you
And I hope that you
Feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too


I said, you're all that I'm thinking of, baby
Said I promise to never
Fall in love with a stranger
You're all I'm thinking of
I praise the Lord above
For sending me your love
I cherish every hug
I really love you so much, baby, baby, baby

You're all that I ever know
When you smile on my face
All I see is a glow
You turn my life around
You picked me up when I was down


You're all that I ever know
When you smile my face glows
You picked me up when I was down


You're all that I ever know
When you smile my face glows
You picked me up when I was down


And I hope that you
Feel the same way too
Yes I pray that you
Do love me too


All my life
I prayed for someone like you
And I thank God that I
That I finally found you, baby


All my life
I prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too



eiey kecek ; If He bring you into this, He will bring u through this. tertarik dengan kata-kata seorang sahabat.

Monday, March 12, 2012

ini jawapannya.... ada bff ke tidak?



BFF cukup sinonim kepada segelintir masyarakat sekarang kan? siapa tak tahu makna disebalik BFF tu, baca ni BFF=best friend forever... forever ke?hehe mesti la kan, kalau tak tak adanya wujud perkataan tu.. am i right? kalau salah tolong perbetulkan kesilapan eiey ye? eh cop cop, apa laa sekejap bahasa kan diri eiey, sekejap aku, sekejap saya.. yang mana sepatutnya ye? tolong perbetulkan lagi sekali ye...ngeee ;>)

ke mana sahaja aku melangkah, pasti aku akan diperlihatkan dengan persekitaran yang cukup mempesonakan dimana manusia-manusia disekelilingku ditemani BFF nya kalau bukan bff, mesti bf. heee betul la kan? it's reality not fantasy.

ok! straight to the point la kan, bagi persoalan yang sentiasa berlegar-legar di minda aku serta mereka yang ingin tahu tu, ini jawapannya. NO BFF. err meanings that i don't have any bff in my life. err they all are just friend. yeap it's the truth. hurm lagipun ada ke orang anggap aku as bff diorang erk? mustahil..hahaha boleh gitu?

suatu ketika......

umi; esya ada bff ke?
aku; errrrr.... entahla, xsure.

kawan A; eiey, ko ada bff tak?
aku; hurm...ko rasa?

kawan b; eiey, sapo bff mu erk?
aku; erm... mu agok-agok sapo?
.
.
.
.
.
kawan z; awak, sejak kebelakangan ni, saya tengok awak lain la. sekejap awak dengan kawan c, sekejap dengan kawan d and sometimes awak keseorangan. awak tak ada teman rapat ke? yang sentiasa berada di sisi awak macam orang lain?
aku; speechless


so, segala persoalan itu telah terjawabkan.

mesti ada yang tertanya-tanya kan why i don't have bff even a person. hurmm memang betul sesetengah manusia mengatakan bff  penting dalam hidup kita. kita boleh share everything that we want to share with them. but, kalau bff itu ikhlas serta jujur alhamdulillah la tapi kalau sebaliknya? wallahualam la kan.

lagipun, aku ni jenis yang suka pendam perasaan. kalau tak tertahan sangat sampai nak meletup tu, aku akan cari juga seseorang yang tiada kaitan dengan masalah yang aku hadapi itu.

oh yaa lagi satu, aku ni boleh dikategorikan seseorang yang mudah let go. kalau orang nak berkawan dengan aku, syukur alhamdulillah tapi kalau ada yang tak senang dengan cara aku, tak suka aku dan tak nak berkawan dengan aku, biarkan lah... kalau itu yang membuatkan dia rasa bahagia. lagipun bukan dia seorang sahaja manusia di muka bumi ini. setuju tak?

dan aku juga nak berterus terang tentang satu perkara lagi. aku tak suka orang tunggu aku. sebab aku tahu kalau mereka menunggu mesti akan ada perkataan-perkataan yang tak enak di dengar. tipu la kalau tak ada kan. tapi kalau seorang kawan itu ikhlas menunggu, aku berterima kasih sangat-sangat akan keikhlasannya.

kalau nampak aku keseorangan tu jangan hairan lah. aku masih boleh jaga diri tanpa mereka yang hipokrit.
aku tahu bukan ada orang nak ambil berat pasal aku pun kan...melainkan family aku la...ohhh sedihnya terasa...hahaha. aku ok je lah. siapa lah aku ini...hehehehe. kalau aku terasa hati ke apa ke, macam biasa la aku diamkan aje. kalau terheboh jugak tu memang tak boleh nak buat apa lah kan nampak sangat terlalu pedih menanggungnya.. perhh ayat...haha

bila dibicarakan tentang soal hati, perasaan, terguris itu memang terlampau banyak lah tapi aku cuba bertahan selagi terdaya supaya setitis air jernih tak mengalir dari mataku yang cantik ini..hehehe. tapi ada ketika ia akan mengalir juga. siapa sangka kan.


eiey kecek ; jangan mudah berprasangka buruk serta mudah menyalahkan diri mereka sebaliknya cermin la diri kita sendiri terlebih dahulu serta bersihkan la pemikiran dari berfikiran negatif terhadap mereka.

Tuesday, March 6, 2012

hari pertama dah ponteng kelas, boleh camtu??

permulaan semester ni agak kelam kabut sikit. mana taknya kelas statistical inferences and japanese language clash. sama-sama pukul 2pm until 4pm. 1class di fakulti maths n another class at faculty bahasa. so apa lagi memang terpaksa la kan aku ponteng salah satu kelas tu. kalau nak pergi kedua-duanya memang tak terkejar la kan.

nasib baik jugak aku pergi kelas statistical tu sebab hari first pun dah start belajar dah.. so nasib baik la tak ketinggalan sangat dah la yang tu 4jam credit. hurm yg kelas nihon tu pulak 2jam credit and maybe aku akan tukar group..so harap-harap lecture kelas tu nanti faham la dengan keadaan aku yang memang tak boleh nak di elakkan ni.

kedua-dua subjek tu memang la penting but aku perlu dahulukan yang lebih penting tak gitu?
dan hari ni jugak batch aku baru dapat tahu tentang pembahagian kelas elektif. sebelum ni sesetengah antara kitorang ingatkan elektif for business tu group c tapi malangnya group c itu untuk elektif for data mining. kasihan kat kawan-kawan aku yang mana nak ambil business tu. dan aku pulak alhamdulillah la masih still dengan elektif of aktuari. memang la susah tapi kalau ikutkan semua perkara yang kita belajar susahkan cuma its all up to us to adapt that right?

semoga kitorang dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan sempurna. 



eiey kecek ; for the first time aku join aerobik kat kompleks sukan uitm ni...hip hip hooray!

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU



assalamualaikum!

ok nak tau tak ni first time eiey join segmen. sebelum ni just tengok orang lain yang join. 
blog eiey ni nak kata sudah lama bertapak pun tak juga sebab baru 2 tahun diwujudkan. so boleh dikatakan masih mentah lagi dengan dunia berblogging ni.

so, nak minta jasa baik korang kritik la yang mana patut ye insyaAllah eiey akan cuba memperbaiki kelemahan itu.


eiey kecek ; kalau nak join singgah la blog abg ben ye! salam perkenalan semua ;>)

Monday, March 5, 2012

jiwa semakin sensitif

semakin hari semakin aku rasakan tahap sensitif aku tu semakin meninggi. kenapa ye?
serius aku cakap, walaupun masalah kecik pun aku mudah sangat terasa hati. aku pun tak tahu kenapa. aku dah cuba mengelak daripada rasa kurang senang itu tapi semakin aku mengelak semakin siksa jiwa aku.
nak kata stress, tak jugak. masalah apa sebenarnya yang menghantui aku ni ya.

aku mudah sangat menangis sekarang ni. walaupun satu perkataan je yang tak sedap di dengar aku akan menangis. pada hal itu bukan sesuatu yang perlu aku terasa hati. ya Allah kuatkan lah hati hamba MU ini. cekalkan lah diri aku melalui liku-liku kehidupan ini. tolonglah aku untuk keluar daripada situasi ini.



eiey kecek ; sapo-sapo hok amik berat pasal aku mesti akan perasan perubahan aku hok semakin hari semakin menyekam jiwo aku nih.tu pun kalau ado la. segho nok gi tempat lapang eh.. nok nepik puas-puas!

Sunday, March 4, 2012

betul ke apa yang aku pilih itu?

alahai esok permulaan hari aku sebagai pelajar semester 4 ijazah sarjana muda kepujian statistik.
oh  yea, for this semester aku ada pilihan subjek untuk aku meneruskan pengajian sehingga mencapai segulung ijazah. dan insyaAllah choice yg aku pilih itu membantu aku in the future. walaupun ramai orang yang mengatakan apa yang aku pilih itu adalah sesuatu yang susah tapi tak mengapa akan aku cuba juga. bak kata seorang senior ku " kata dah degree, so kena la terima cabaran".

yeap aku perlu sahut cabaran itu. aku tahu aku tak sebijak mereka yang sentiasa cemerlang itu tapi jika aku tambahkan lagi usaha aku, tak mustahilkan untuk aku mencapai kejayaan itu juga. cuma sekarang aku perlukan semangat dan keyakinan itu untuk membantu aku mengecapinya.

eiey kecek ; happy dapat lepak dengan geng2 mengongness! nak jumpa lagi!

Thursday, February 23, 2012

jejaka malaya patah seribu

haaa betul tak? para jejaka malaya sekarang tengah berputih mata dan juga patah seribu seperti dinyanyikan oleh shila amzah... mana taknya gadis pujaan mereka, LISA SURIHANI telah sah menjadi isteri kepada YUSRY KRU...

melopong la korang wahai jejaka-jejaka di luar sana kan? kasihan..hihihi..

yang menarik perhatian aku sebenarnya bila abang aku buat status

hahaha sabar yea wahai abang ku.. nanti cari yang lain pulak ye..kihkihkih

apa-apa pun aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU
semoga bahagia sampai ke syurga...;D



eiey kecek ; aku doakan semoga jodohku sentiasa beriman kepadaNYA dan bimbinglah aku ke jalan yang benar kelak..

KARTUN DI ZAMAN KECIL

teringat masa kecik-kecik dulu suka menghadap tv semata-mata nak tengok kartun..dalam sehari tu tak sah kalau tak tengok kartun. ingat lagi tak korang punya favourite kartun apa? mesti ada yang dah lupa kan.
zaman dulu tak wujud lagi channel fully cartoon macam yang ada kat astro sekarang ni.yela astro pun tak wujud lagi zaman aku kecik-kecik dulu and hidup pun tak senang macam sekarang ni.eh senang ke? hehe senang la jugak.. sekarang dah macam-macam jenis cartoon yang adik-adik kita tengok kan. kadang-kadang kita yang dah besar panjang ni pun still tengok lagi kan?hehe
hurm rindu pulak zaman tu..oh yea antara favourite kartun aku masa kecik-kecik dulu sudah semestinya SAILORMOON.. pernah aku berangan nak jadi macam sailormoon yang ada kuasa tu dah la comel je kan..

-SAILORMOON-
the most favourite cartoon 

-DORAEMON- 
(masih terpapar dikaca tv kan? )

-SCOOBY DOO-
very fun with it's mysterious


-POPEYE-
eat spinach if you want to be strong like him..hehe

-POKEMON-
interesting with the various type of pokemon


-DRAGON BALL-
dragon ball ada 7 biji semuanya..hihi



eiey kecek ; the memories is the best thing in our life

waja sudah rosak la


alahai kereta waja...  kenapa hari ni ko buat hal ha? nak bocor lak tangki minyak tu..nasib baik tak drive pi jauh-jauh kalau tak naya aku dengan umi..

lepas ziarah jiran berdekatan tadi, nak pi singgah kedai jap nak beli makanan, tapi beberapa minit sbelum tu dah perasan da ada terbau minyak tapi buat dek je.. yela ingatkan bau minyak dekat area berdekatan tu.. tapi bila sampai kat kedai, aku turun kereta and tengok perghh bau minyak makin kuat and tengok bawah kereta....haaa tu diaaa punya la banyak minyak keluar.. dah tu pulak handphone pakat tak bawa, so apalagi kalut aihh drive dengan perlahan balik rumah.. sementara nak sampai rumah tu pulak waja semakin buat hal..bila dah hapir 50 meter nak sampai rumah...waja terus tak hidup-hidup..aiseehh aku dah takut daa dengan minyak yang bocor tu..yelaa mana tau kot2 leh terbakar ke..lagi naya kan..

hurm nasib baik ada beberapa orang kat situ so minta tolong la diorang tolak kereta sampai ke rumah.. terima kasih banyak-banyak ye! and maaf sangat-sangat kat jiran-jiran yang lalu lalang tadi...heee.. something yang tak dijangkakan kan.. tu tak taw la bila nak pergi hantar workshop.. nasib baik la ada kereta satu lagi, tak da la umi susah nak gi kerja nanti.. 

eiey kecek ; aku mengaku yang aku tak reti sangat pasal kereta ni, kalau setakat nak pam angin, buh minyak, check air tu aku taw la..heee ;D..... apa guna jejaka2 dalam family aku kan? hehehehehe

Tuesday, February 21, 2012

nismo 370z

2009 nissan nismo 370z

2010 nissan nismo 370z

2011 nissan nismo 370z

2012 nissan nismo 370z



*TERINGINNYA AKU NAK NAIK KERETA NI.. BOLEH DRIVE SEKALI PUN CUKUP LA.. ;D
tapi ada ke orang nak bagi aku peluang untuk drive kereta tu? kalau nak beli sendiri haishhh... tapi tak mustahil kan?hehe

eiey kecek ; wuaaa seriously! i want that car!