Friday, April 27, 2012

dari shah alam ke lcct

keindahan yang sukar ditemui. ;>)




tepat jam 2.30 pm. 6 pasang kaki melangkah meninggalkan bilik masing-masing menuju ke perhentian bas berdekatan dengan kolej. bas tiba 10 minit kemudian dan membawa para penumpang ke destinasi tertentu. setiba di destinasi seterusnya, menunggu selama 15 minit untuk ke destinasi seterusnya iaitu KL Sentral. ketika itu harga tiket untuk ke KL Sentral adalah RM2.50 dan disebabkan tiada duit secukupnya terpaksa membayar RM3.00 untuk tiket tersebut. setiba di KL Sentral, berpusu-pusu ke kaunter tambah nilai kad touch&go. masing-masing menambah nilai dengan kehendak sendiri. setelah selesai dengan tugas tersebut beberapa pasang kaki melangkah ke McD untuk mengisi perut yang berkeroncong pelbagai muzik itu. kemudian menuju ke kaunter KLIA transit dan di situ, pekerja di kaunter itu mengatakan kad touch&go boleh digunakan jika baki kad sekurang-kurangnya sebanyak RM35.00. malangnya baki yang dikehendaki itu tidak mencapai piawaian yang diperkatakan oleh pekerja itu. membeli tiket secara manual adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk saat itu. setelah selesai dengan pembelian tiket itu, terjumpa dengan seorang makcik dan 3 buah bagasinya. makcik itu mengatakan bahawa dia ingin ke KLIA dan sedang menunggu orang membawa troli untuk angkut bagasi-bagasinya itu tapi malangnya orang yang dinantikan itu tidak muncul. tanpa berfikir panjang    bagasi-bagasi itu bertukar tangan sehingga ke dalam ERL. 

sebelum memasuki ke dalam ERL, makcik itu terlupa dimana letak tiketnya. setelah 3minit selongkar beg tangan dan alhamdulillah akhirnya jumpa juga dan pada waktu itu juga terdengar pengumuman bahawa ERL akan mula bertolak dalam masa 3minit. dengan perasaan yang gundah gulana, semua bergegas menuju ke ERL tersebut. dan sekali lagi alhamdulillah semuanya selamat. pertama kali menaiki ERL, perasaan kagum menguasai diri masing-masing. semuanya tak lekang dengan senyuman serta ketawa walaupun sudah separuh kepenatan. kemudian tiba ke destinasi seterusnya, PUTRAJAYA setelah hampir setengah jam berada di dalam ERL. seterusnya dibawa ke fasa 7 presint 9 yang dikenali sebagai blok pensel. cukup menarik dengan reka bentuk bangunan tersebut. setibanya jam 6.15 pm, dibawa pula bersiar-siar di kawasan putrajaya di mana tempat yang sentiasa ramai pengunjung. amat kagum dengan keindahan yang dipaparkan. paling menyeronokkan bila dapat melihat matahari terbenam di sebalik tasik di presint 2 dimana tempat terletaknya monumen yang cukup dikenali sebagai Monumen Alaf Baru yang merupakan mercu tanda negara dengan memiliki ketinggian 68meter. disitu lah terletaknya kapsul masa yang merupakan perutusan khas yang perlu dibaca pada tahun 2020 nanti. amat kagum bukan?. setelah penat bersiar-siar, kembali semula ke bangunan pensel yang unik itu. sekitar jam 8.45 pm sehingga 10.30 pm, disaksikan pula dengan perlawanan bola sepak antara kedah vs kelantan dengan keputusan seri 1-1. kemudian tepat jam 11 pm, dihantar semula ke putrajaya station untuk menaiki ERL ke Salak Tinggi. 

setiba di sana, kaunter tiket telah pun ditutup dan terpaksa membeli tiket melalui machine dan ketika itu juga seorang pegawai keselamatan mengatakan tiket bas untuk ke LCCT boleh dibeli di stesen yang berikutnya. sekali lagi pada waktu itu juga kedengaran pengumuman ERL akan bertolak dalam masa 2minit lagi. setiba dihadapan ERL, 2pasang kaki tersalah masuk ke gerabak barang yang membuatkan tercetus hilai tawa tanpa henti sehingga ke destinasi seterusnya. tidak dinafikan perkara sebegitu akan berlaku bila berada dalam keadaan yang kelam kabut. beberapa minit sebelum tiba ke destinasi seterusnya, diperdengarkan pula dengan pengumuman mengatakan tiket bas untuk ke LCCT tidak berasingan dimana berkemungkinan pembelian tiket bas sekali dengan tiket ERL. masing-masing sudah merasa cuak dengan suara itu. setibanya di stesen Salak Tinggi, dipertemukan dengan seorang pekerja yang teramat perlahan suaranya sehinggakan pelbagai tafsiran diperkatakan bagi memahami apa yang diperkatakan oleh pekerja tersebut. pangkal tarikh yang terpapar di screen machine pembayaran tiket dikatakan harga tiket dan tidak dilupakan juga dengan masa yang turut diperkatakan sedemikian. setelah selesai dengan hal-hal pembelian tiket bas ke LCCT, melangkah kaki menaiki bas untuk ke destinasi kemuncak. sebelum tiba ke destinasi yang dituju, bas yang dinaiki berhenti di perhentian bas di tepi jalan bagi menurunkan beberapa penumpang Mat Saleh untuk mereka kembali ke hotel penginapan mereka. dengan perasaan yang tidak bersalah, blur, dan tidak tahu apa-apa, 6 pasang kaki ini turut melangkah turun dari bas sambil meminta pemandu bas mengeluarkan beg yang tersimpan di tempat letak beg. dengan selamba pemandu itu mengeluarkan suara marah dengan bertanyakan kemana hala tuju sebenar dan memberitahu bahawa tempat itu bukan perhentian LCCT. agak tebal muka disitu kan?. 5minit kemudian, semua mengatakan 'ooo kat sini ke sepatutnya kita turun?' dan setibanya di sana, berakhirlah perjalanan kami yang bermula dari s.alam ke lcct. agak jakun di situ kan? siapakah kami a.k.a 6pasang kaki itu? trang tang tang tang....



di hadapan blok pensel, putrajaya


riang ria bersama ras, raja, lina, farah dan ilah
(inilah 6 pasang kaki..err sepasang lagi tu aku la..hehe)


Monumen Alaf Baru 
 unik kan..


sempat melihat matahari terbenam..serius cantik sangat


ini bukan keretapi biasa tapi ERL okeh..haha dengan bangganya.
err siapakan 2 pasang kaki yang tersalah masuk gerabak itu?
-biarlah rahsia-


 (oh kawan-kawan sekalian alam maaf la yerk, aku bukan pandai sangat nak berkarya bagai nih..hahaha)


eiey kecek ; berdasarkan kisah benar di hari kejadian pada 22 april 2012. ;))

1 comment:

Iena Eliena said...

salam..
singgah follow sini :)
jom follow cik iena jugak(^_~)
www.ienaeliena.com