pernah tak terfikir
tentang hati kita? hati ini terlalu lembut serta halus. hati mudah tersentuh
dan juga tepengaruh dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. hati
juga mengawal pemikiran seseorang dalam kehidupan. tapi sedarkah kita bahawa
hati itu bersih atau sebaliknya? kadang-kadang kita leka dalam menjaganya
sehingga menyebabkan kita jauh ketinggalan sebagai hamba ALLAH S.W.T.
dewasa ini kita sering merasakan untuk disayangi dikasihi serta dicintai tapi adakah hati kita itu terletak pada jalan yang benar? bagaimana hati kita terhadap pencipta kita Yang Maha ESA? setinggi manakah kita meletakkanNya dalam hati kita? sebanyak mana kita ingatkanNya? seagung mana cinta kita padaNya? seberapa banyak kita berzikir mengingatiNya?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda
“ Ketahuilah bahawa di dalam satu jasad itu terdapat segumpal darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati”.
terdapat pelbagai jenis hati dalam diri kita sebagai khalifah di muka bumi ini. tapi pernahkah terdetik di sanubari kita untuk mengetahui serta mempelajarinya?
jenis-jenis hati
- hati yang sihat
- hati yang mati
- hati yang sakit
cara pendidikan hati menurut
islam
- mengenal Allah S.W.T dan
menyintaiNYA
- menuntut ilmu
- al-khauf
- sentiasa mengingati Allah
- sentiasa mengingati mati dan
pendek angan-angan
- amar ma'ruf nahi mungkar dan
jihad
- iman dan amal
dengan terjaganya hati kita,
insyaAllah dengan izinNya kita dapat melahirkan sifat mahmudah dan menghindari
sifat mazmumah.
rujukan dari blog al-khattab. untuk pengetahuan selebihnya sila ke sini.
No comments:
Post a Comment