Monday, March 12, 2012

ini jawapannya.... ada bff ke tidak?



BFF cukup sinonim kepada segelintir masyarakat sekarang kan? siapa tak tahu makna disebalik BFF tu, baca ni BFF=best friend forever... forever ke?hehe mesti la kan, kalau tak tak adanya wujud perkataan tu.. am i right? kalau salah tolong perbetulkan kesilapan eiey ye? eh cop cop, apa laa sekejap bahasa kan diri eiey, sekejap aku, sekejap saya.. yang mana sepatutnya ye? tolong perbetulkan lagi sekali ye...ngeee ;>)

ke mana sahaja aku melangkah, pasti aku akan diperlihatkan dengan persekitaran yang cukup mempesonakan dimana manusia-manusia disekelilingku ditemani BFF nya kalau bukan bff, mesti bf. heee betul la kan? it's reality not fantasy.

ok! straight to the point la kan, bagi persoalan yang sentiasa berlegar-legar di minda aku serta mereka yang ingin tahu tu, ini jawapannya. NO BFF. err meanings that i don't have any bff in my life. err they all are just friend. yeap it's the truth. hurm lagipun ada ke orang anggap aku as bff diorang erk? mustahil..hahaha boleh gitu?

suatu ketika......

umi; esya ada bff ke?
aku; errrrr.... entahla, xsure.

kawan A; eiey, ko ada bff tak?
aku; hurm...ko rasa?

kawan b; eiey, sapo bff mu erk?
aku; erm... mu agok-agok sapo?
.
.
.
.
.
kawan z; awak, sejak kebelakangan ni, saya tengok awak lain la. sekejap awak dengan kawan c, sekejap dengan kawan d and sometimes awak keseorangan. awak tak ada teman rapat ke? yang sentiasa berada di sisi awak macam orang lain?
aku; speechless


so, segala persoalan itu telah terjawabkan.

mesti ada yang tertanya-tanya kan why i don't have bff even a person. hurmm memang betul sesetengah manusia mengatakan bff  penting dalam hidup kita. kita boleh share everything that we want to share with them. but, kalau bff itu ikhlas serta jujur alhamdulillah la tapi kalau sebaliknya? wallahualam la kan.

lagipun, aku ni jenis yang suka pendam perasaan. kalau tak tertahan sangat sampai nak meletup tu, aku akan cari juga seseorang yang tiada kaitan dengan masalah yang aku hadapi itu.

oh yaa lagi satu, aku ni boleh dikategorikan seseorang yang mudah let go. kalau orang nak berkawan dengan aku, syukur alhamdulillah tapi kalau ada yang tak senang dengan cara aku, tak suka aku dan tak nak berkawan dengan aku, biarkan lah... kalau itu yang membuatkan dia rasa bahagia. lagipun bukan dia seorang sahaja manusia di muka bumi ini. setuju tak?

dan aku juga nak berterus terang tentang satu perkara lagi. aku tak suka orang tunggu aku. sebab aku tahu kalau mereka menunggu mesti akan ada perkataan-perkataan yang tak enak di dengar. tipu la kalau tak ada kan. tapi kalau seorang kawan itu ikhlas menunggu, aku berterima kasih sangat-sangat akan keikhlasannya.

kalau nampak aku keseorangan tu jangan hairan lah. aku masih boleh jaga diri tanpa mereka yang hipokrit.
aku tahu bukan ada orang nak ambil berat pasal aku pun kan...melainkan family aku la...ohhh sedihnya terasa...hahaha. aku ok je lah. siapa lah aku ini...hehehehe. kalau aku terasa hati ke apa ke, macam biasa la aku diamkan aje. kalau terheboh jugak tu memang tak boleh nak buat apa lah kan nampak sangat terlalu pedih menanggungnya.. perhh ayat...haha

bila dibicarakan tentang soal hati, perasaan, terguris itu memang terlampau banyak lah tapi aku cuba bertahan selagi terdaya supaya setitis air jernih tak mengalir dari mataku yang cantik ini..hehehe. tapi ada ketika ia akan mengalir juga. siapa sangka kan.


eiey kecek ; jangan mudah berprasangka buruk serta mudah menyalahkan diri mereka sebaliknya cermin la diri kita sendiri terlebih dahulu serta bersihkan la pemikiran dari berfikiran negatif terhadap mereka.

1 comment:

nurfatehah yaazahan said...

awak bff saya okei... :D