Saturday, February 16, 2013

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum w.b.t

Now i'm officially 23rd years old! 

First of all eiey bersyukur dan berterima kasih sangat kepada umi dan abah kerana telah membesarkan serta mendidik eiey sehingga menjadi diri eiey sekarang.
 Abah yang banyak berusaha membanting tulang tanpa penat lelah mencari rezeki untuk memberi kesenangan kepada anak-anaknya. walau apapun yang berlaku eiey tetap sayang abah sampai mati. tiada abah tiadalah eiey hari ini.
Umi yang cukup tabah dan sabar melayan karenah anak-anak cukup mengkagumi diri eiey dalam melayari hari-hari kehidupan yang semakin mencabar dan menguji keimanan. eiey pun tetap sayang umi sampai mati. umi jantung hati eiey.

oh yaa! 15 februari 2013 ini hari yang cukup bermakna bagi eiey bukan hanya disebabkan hari kelahiran eiey tetapi hari dimana eiey berjaya memberikan satu hadiah untuk diri sendiri yang cukup bermakna dalam hidup eiey. walaupun sedikit tersasar daripada apa yang diharapkan tapi eiey tetap bersyukur kehadarat ILLAHI kerana memberi peluang untuk eiey memberi hadiah sebegitu kepada diri sendiri.

perkara yang paling indah dalam hidup adalah apabila kita berjaya menghadiahkan diri kita dengan sesuatu yang cukup berharga demi dunia dan akhirat. dan eiey akan terus berusaha untuk mengecapinya.

salam sayang, C.E

No comments: