Thursday, November 24, 2011

teramat rindu

saya rindu kawan-kawan saya. saya rindu nak lepak dengan mereka. saya rindu nak berjalan-jalan dengan mereka. saya rindu nak dengar gelak tawa mereka. saya rindu nak dengar celoteh mereka. saya rindu dengan gelagat mereka. saya rindu dengan wajah mereka. saya rindu dengan senyuman mereka. saya rindu nak dengar kata-kata semangat mereka. sungguh saya sangat sangat rindu mereka.

saya teramat rindukan mereka! kawan-kawan sekolah. pergi sekolah sama-sama. pergi prep sama-sama. pergi makan sama-sama. buat kerja gila sama-sama. kena denda sama-sama. mengata orang sama-sama..heheee. lari keluar dari asrama semata-mata nak pergi pasar malam. sembunyi dalam bilik or toilet sebab ponteng prep and riadah. lepak dekat katil ramai-ramai. berkelah dalam bilik prep. cari gaduh dengan orang..(sikit je) hehe.. cuci kolam ikan asrama sama-sama.  mandi kat kolah ramai-ramai. serius!! rindu sangat!

saya teramat rindukan mereka! kawan-kawan universiti. pergi kelas sama-sama. pergi kokurikulum sama-sama. pergi jalan-jalan. lepak-lepak tak kira dimana jua even kat tangga and longkang pun kami sapu sambil menikmati udara malam. oppss bukan udara dari longkang ye.. hehee.. berbasikal or berjalan keliling 1 U tiap-tiap petang. lepas habis kelas, keluar makan sama-sama. hari-hari minggu keluar jalan-jalan. ziarah rumah pensyarah ramai-ramai. berkongsi duit semata-mata nak tido kt chalet. buat bising dalam bilik and kelas. (kadang-kadang je) hehe.. 
waaa rindu sangat-sangat pada mereka. rindu sangat-sangat nak buat kerja gila macam dulu. rindu sangat-sangat dengan perangai kebudak-budakan dulu. rindu sangat-sangat aku yang dulu.

life must go on! rindu itu pengubat segala duka di masa hadapan. 

2 comments:

meera rais said...

hell yeah..i missed those moments so damn much!

atyn said...

rindu mengongness jugak :(