setiap kali aku buka group tu mesti ada info yang menarik. kadang2 perkara yang aku tak pernah ambil peduli pun aku akan jadi tertarik. posts and comments diorang selalu buat aku tersenyum. kadang2 otak aku yang malas nak berfikir ni jadi rajin nak berfikir terutama tentang hal2 isu semasa. ada ketika juga diorang suka memberi nasihat, sokongan walaupun tak kenal sesama sendiri. aku suka sangat dengan diorang. tapi...tapi.... yes! ada tapi jugak, aku rasa rendah diri sangat dengan diorang. aku tengok cara diorang berfikir, bercakap, and perwatakan diorang bagus sangat. sometimes aku rasa malu nak join diorang. yela aku ni dah la tak pandai nak berkawan..sobs..
okeh kembali kepada cerita tentang group tu... nama group tu FAMILY CERIA XSPM07. dah lama daa ditubuhkan sebenarnya. sejak zaman friendster lagi. aku difahamkan group tu diwujudkan semasa trial spm masa tahun 2007 and khas kepada student spm07 sahaja. tapi aku mula join group tu selepasa tamat spm.. almaklumlah dah habis exam and sekolah kan, time tu banyak duk umah je so apalagi ngadap friendster je la time tu.. tekan punya tekan aku terjumpa la group tu so aku join la.. waktu tu memang banyak sangat kitorang share idea, pengalaman or cerita entah pape la.. and suatu hari tu bila aku dah dapat masuk uitm lagi la aku seronok sebab ramai kawan2 yg dalam group tu sama uitm dengan aku even course yg berlainan. and alhamdulillah sampai sekarang kitorang still berkawan. weeee aku memang nak terima kasih sangat-sangat! la kat orang yang tubuhkan group tu. ok! sekarang ni group tu dah aktif semula dalam fb selepas beberapa bulan tak aktif dalam fs. and aku bersyukur sangat dapat berjumpa dengan diorang semula.
apa-apa pun aku sayang diorang walaupun aku tak pernah jumpa diorang. posts and comment diorang banyak sangat bagi ilmu pengetahuan kepada aku. terima kasih korang! ;>)
aku akan tetap menjadi silent reader korang! weee jangan marah ye..
eiey kecek ; walaupun tiada kawan yang teramat akrab tapi tetap berkawan dengan semua orang..ada masalah?
eiey kecek ; walaupun tiada kawan yang teramat akrab tapi tetap berkawan dengan semua orang..ada masalah?
No comments:
Post a Comment