Sunday, February 12, 2012

TAHNIAH NEGERIKU

terima kasih mr. google ;>)

alhamdulillah aku rasa bangga dilahirkan sebagai anak Kelantan walaupun banyak cerita yang kurang menyenangkan terpapar di media. aku tak salahkan mereka 100%  yang berbisik kurang enak di pendengaran aku. apa yang mereka hebahkan mungkin ada yang betul tapi ingat ya kita ni manusia sudah semestinya ada kekhilafan yang tak terjangka. 

apa salahnya kami rakyat kelantan kepada mereka di luar sana? miskin? mundur? adakah kemiskinan dan juga kemunduran itu menjadi kesalahan kepada mereka?  dengar ya wahai mereka yang suka prejudis kepada kami.

kami tak miskin bahkan kami tak mundur. kami sekarang sudah hampir mengejar mereka di luar sana. kami kaya dengan agama, kami kaya dengan ilmu, kami kaya dengan kesopanan, kami kaya dengan adat. jika mereka tetap ingin mengatakan kami miskin, aku membuka gerbang seluas-luasnya kepada mereka untuk datang ke negeriku ini. datanglah dan lihatlah betapa kayanya kami rakyat kelantan. jangan hanya melihat pada rumah-rumah kami yang kecil tapi lihatlah kepada rakyat kami. oh ya! jika mereka turut ingin mengatakan bahawa rumah-rumah kami kecil, mereka salah kerana aku dah mengatakan dari awal lagi bahawa kami hampir mengejar mereka bahkan di antara kami sudah berada di tahap yang sama dengan mereka. 

lihatlah sendiri di luar sana terutama sekali di pusat-pusat pengajian, bergerak lah kemana-mana pun pasti akan berjumpa dengan kami rakyat kelantan. ternyata lah kami semakin maju serta semakin hebat. bukan ingin bermegah tapi ingin membuktikan bahawa kami boleh melakukan yang terbaik walaupun kehidupan kami tak sehebat mereka diluar sana.

mungkin ada segelintir di antara mereka yang kurang senang dengan bahasa kami, ada yang mengatakan bahasa kami agak kasar tapi percayalah kami bahagia dengan bahasa kami kerana itulah salah satu tanda kami berbangga menjadi rakyat kelantan. cubalah belajar loghat kami, insyaAllah akan wujud satu perasaan yang senang dihati.

kami rakyat kelantan akan terus mempertahankan negeri kami. kami akan tetap berdiri teguh selagi terdaya.

eiey kecek ; ada sumber mengatakan budu mampu membuatkan seseorang awet muda serta mengelakkan diri daripada mendapat penyakit kanser dan juga merangsang otak menjadi bijak. betul ke?

No comments: