Sunday, August 7, 2011

PUDING GULA HANGUS

WOW!! hari ni kali pertama saya membuat puding gula hangus dan ternyata ia berhasil! sedapp tp my abah kata puding tu manis sikit. hehe biasa la ikut resipi kan.tak apa nanti lain kali saya buat kurang manis ye abah! ;>)


 tadaaa
 ni la rupa puding saya 

alhamdulillah sekejap sahaja puding tu dihabiskan sampaikan saya sendiri pun sempat makan 1slice je tapi tak apa asalkan mereka sudi makan puding yang saya buat! yeeeaaa!suka sangat.haha
yelaa sebelum ni pandai makan je.kalau nak, pergi beli tapi selepas ini rasa tak beli daa kot sebab nak buat pun macam senang je. lagipun 1slice puding tu sekarang ni sudah mahal la! ada yang jual rm1.50 dan yang tak leh blaa sampai rm2 pun ada!huh tak sanggup dah.kalau buat sendiri boleh la makan banyak kan?kn?
 ok saya nak kongsi resepi puding ni bagi sesiapa yang tak pernah buat, kalau dah pernah buat tu duduk diam2 eh bagi orang lain pula yang membuatnya.hehe
resepi asalnya saya rujuk kat sini.
tapi saya ada ubah sikit la sebab my umi kata buat sikit-sikit dulu takut tak menjadi dan nanti membazir pula..

BAHAN-BAHAN;>)

  • 3sudu gula
  • 5biji telur ayam
  • 2sudu gandum
  • 1cawan air
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1sudu esen vanila

CARA NAK MASAK!! ;>)

i)mula2 masak gula dalam loyang sampai jadi kekuningan. erkk api tu jangan besar2 taw.sederhana je! bila gula tu dah cair, lenggang2 loyang tu biar ia rata.


ii)pecahkan telur dalam bekas and then kepuk2 telur tu sampai la berbuih.lepas tu masukkan susu pekat, kacau biar rata.selepas itu masukkan gandum dan sedikit air.


iii)ok bila dah siap step ke 2 tadi, tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula yang dah beku tadi..kemudian boleh la kukus yea!! dalam 40-45minit tadaaa terhasil lah puding tu.


iv)lepas je puding tu masak, tunggu lah sekejap sampai puding tu sejuk kemudian terlangkupkan kat mana2 yang anda rasa perlu..(ohh mestilah kat pinggan or yang berkaitan ye!hehe)...selamat menjamu selera.


so macam mana?dah tahu resipi nya kan?tunggu apa lagi cepat pergi dapur dan buat! senang dan sedap!!
;>)




No comments: