Wednesday, August 10, 2011

RUSUHAN DI LONDON

 selamat pagi!! wah semangatnya saya hari ini! yela baru je lepas solat subuh, and then terus terkam kt my lappy ni semata-mata nak meng'update'kan blog nih.

hurm~ nak dijadikan cerita, petang semalam semasa my family on d way nak py hospital at kb utk tgk my 'pok sdare', my umi tanya la kat my abah, bila nak pegy KL coz my adik pun nk pegi jugak untuk ambil visa die..(almaklumlah bulan 9 nanti die dah nak fly pegy belfast daa). and then my abah tiba-tiba kata "tak yoh gi la oghe dok tengoh rusuhan sano" eerkk faham ke idak?? ok2 saya translate (tak perlu pergi lah, kat sana orang sedang b'rusuhan). tiba-tiba saya terfikir betul ke apa yang my abah cakapkan nih...tu laa malas sangat nak tengok berita sampaikan tak tahu apa yang dah berlaku..

and then semalam jugak lah saya rajinkan diri ni untuk tengok berita kt tv3..mak oiii memang terkejut jugak lah memang betul apa yang my abah bagitaw.

aduh dalam berita kat tv3 semalam tunjuk video pasal seorang student MALAYSIA kena belasah dan diragut. kesian sungguh saya tengok.
 dalam berita semalam bagitau yang student ni keluar menziarah kawannya untuk berbuka puasa and then terserempak dengan beberapa orang 'pengganas'.

ok kat sini ada petikan yang saya ambil dari malaysia today tentang keadaan student tersebut. 

(The Malaysian Insider) - Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam. 


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.


“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.


“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).


Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.


Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.

nak tahu lebih lanjut lagi??
usha-usha la jugak kt blog remaja boroi dan tauhu sumbat.




apa yang penting kita patut rasa bersyukur sangat2 coz negara kita MALAYSIA ni aman damai serta sejahtera. n kita kena la jaga negara kita ni leklok, 
nak ke kita menghadapi masalah macam negara2 lain? 
nak ke kita hidup dalam ketakutan? 
nak ke kita bermusuh-musuhan?
nak ke kita memalukan nama negara kita?
nak ke kita hidup dalam keadaan huru hara?

haaa NAK??huh saya rasa sape yang berkata NAK  tu patut diNYAHkan terus dari MALAYSIA nih.

ok la papepun kita semua ada otak, ada akal so fikir-fikirkan lah.

hurm sama-sama la kita berdoa untuk sahabat2, saudara mara kita yang berada di sana semoga mereka dalam keadaan selamat sejahtera.

DAN

doa-doakan lah juga untuk my 'pok sdare' semoga dia cepat sembuh daripada penyakit cancer perut..
(terasa nak menitis je air mata tengok keadaan dia semalam, dipenuhi dengan wayar2 dan terpaksa menggunakan mesin untuk bernyawa).

9 comments:

cik mot said...

jaatkan.. hmm.. Moga kita semua dijauhkan dgn hal2 yg mcm ni.. jgn lupe follow mot balik yer.. :)

Elih Japahar said...

Bersyukur negara kita masih aman damai...dan semoga pok sdare awk cepat sembuh..

*nape perlu word verification ni :((

Unknown said...

ouhh ye ek? xpe2 nnti sy change setting cmmnt.

alhamdulillah la kan kita masih blh bernafas dgn sempurna di sini.

I am a lilttle Bee said...

kesiannya :(

dayah samad said...

alhamdulillah negara kita aman.sebelum ni mesir,skrang uk plak.haish,mintak2 rakyat kite selamat di sane. lagi2 yang belajar.amin~

fynahere said...

masyallah..dah la time puasa. =.=
syukur negara kita ni aman damai

TAUHUSUMBAT said...

malaysia tu pun hampir2 arie tu.. tp alhamdullilah semuanye selamat..

Unknown said...

tapi kan negara kita skang dh banyak daa kes bunuh membunuh ni..seram uh! dh mcm 1 trend plak..

ZORA said...

dhsyatnye.....